Beberapa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan dipinda bagi menambah baik agensi berkenaan, selain memberikannya lebih kuasa untuk memerangi gejala rasuah dengan lebih berkesan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata antara pindaan yang akan dibentangkan kepada Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini adalah berkaitan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
“Pindaan Seksyen 36 Akta SPRM itu bagi membolehkan siasatan dilakukan secara langsung terhadap individu yang dilihat hidup mewah melebihi pendapatannya. Ini kerana peruntukan akta sedia ada memerlukan kita siasat terlebih dulu individu itu berkaitan rasuah, baru kita boleh minta dia isytihar harta.
“Jika kita lihat ada individu hidup mewah melebihi pendapatannya tapi tiada siasatan (berkaitan rasuah), kami tidak boleh berbuat apa-apa.
“Kita mahu buat seperti di Hong Kong yang mana jika ada individu perbelanjaan hidupnya lebih daripada emolumen, ia sudah menjadi satu kesalahan dan dia perlu memberi penjelasan (mengenai sumber pendapatan lain),” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Jumaat.
Shamsun Baharin berkata SPRM juga akan mengemukakan beberapa lagi pindaan peruntukan aktanya iaitu berkaitan pelantikan ketua pesuruhjaya dan juga panel-panel pemantau suruhanjaya berkenaan.
Katanya, SPRM kini mempunyai lima panel atau badan bebas untuk memantau suruhanjaya itu yang mana tiga daripadanya dilantik berdasarkan Akta SPRM manakala dua lagi diputuskan oleh kerajaan.
“Ini yang kita mahu cuba sesuaikan supaya semua pelantikan (panel-panel dalam badan pemantau bebas SPRM) dimasukkan di bawah Akta SPRM. Pemantau ini penting bagi memberikan semak dan imbang terhadap suruhanjaya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata hanya 303 penjawat awam yang ditawarkan rasuah tampil menyalurkan maklumat dengan ganjaran berjumlah RM560,000 diberikan sejak kempen gempur gejala tersebut dalam kalangan golongan terbabit digerakkan pada tahun 2011.
Disebabkan itu katanya, semua penjawat awam yang mengesyaki berlakunya aktiviti pemberian dan penerimaan rasuah harus berani melaporkan kegiatan itu bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor terbabit.
“Negara ada 1.6 juta penjawat awam tapi yang buat aduan terlalu kecil. Kita bukan mahu semata-mata fokus (tangkap) penerima rasuah tapi pemberi rasuah yang sering membuat laporan kepada SPRM. Jadi, yang kena tahan pastilah penerima dan kebanyakannya melibatkan penjawat awam.
“Kita bukan mahu fokus kepada penjawat awam saja kerana SPRM ambil tindakan terhadap sesiapa saja yang buat laporan sama ada pemberi atau penerima. Disebabkan itu kita minta sesiapa yang ada ditawarkan rasuah, segera salurkan maklumat kepada kita,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
SHAMSUN BAHRIN: Jika kita lihat ada individu hidup mewah melebihi pendapatannya tapi tiada siasatan (berkaitan rasuah), kami tidak boleh berbuat apa-apa. - Astro AWANI
Permintaan besi Malaysia dijangka meningkat dengan projek kemudahan utama
Permintaan terhadap logam besi untuk pembuatan keluli dan produk bernilai tambah di Malaysia dijangka berkembang pesat, terutamanya dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur utama tempatan.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB), permintaan terhadap keluli akan meningkat, selaras dengan pembangunan projek-projek kemudahan awam mega seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang, Transit Rapid Autonomi (ART) Kuching dan Mass Rapid Transit 3 (MRT3).
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB), permintaan terhadap keluli akan meningkat, selaras dengan pembangunan projek-projek kemudahan awam mega seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang, Transit Rapid Autonomi (ART) Kuching dan Mass Rapid Transit 3 (MRT3).
Permintaan melemah kurangkan keperluan projek cari gali
Hong Leong Investment Bank (HLIB) meramalkan keperluan pelantar penggerudian medan minyak berkurangan pada 2025 kepada 20 unit kesan kelemahan permintaan bagi perkhidmatan itu.
Ia berkata, kejatuhan permintaan medan minyak adalah sejajar dengan jangkaan aktiviti cari gali yang lebih rendah pada 2025 berdasarkan keputusan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang telah menahan beberapa projek kerja cari gali huluan di Sarawak.
Ia berkata, kejatuhan permintaan medan minyak adalah sejajar dengan jangkaan aktiviti cari gali yang lebih rendah pada 2025 berdasarkan keputusan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang telah menahan beberapa projek kerja cari gali huluan di Sarawak.
Weststar jalin kerjasama dengan Santos LTD
Weststar terus melakar sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
PETRONAS rancang gerudi 15 telaga minyak setiap tahun
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menyasar untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia kepada dua juta tong sehari dengan menggerudi kira-kira 15 telaga setiap tahun dalam tempoh dua tahun akan datang, memfokuskan kepada air cetek dan telaga air dalam.
Dalam laporan tinjauan aktiviti 2025 hingga 2027 ia berkata, Sehingga 2024, pengeluaran hidrokarbon Malaysia kini berjumlah 1.7 juta tong minyak sehari.
Dalam laporan tinjauan aktiviti 2025 hingga 2027 ia berkata, Sehingga 2024, pengeluaran hidrokarbon Malaysia kini berjumlah 1.7 juta tong minyak sehari.
Aset Rizab Rasmi Malaysia AS$116.22 Bilion Pada Akhir 2024
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$116.22 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.50 juta pada akhir Disember 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata bahawa untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan terlebih dahulu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, antara lain, pinjaman luar kerajaan berjadual dan tempoh matang Bil Antara Bank Bank Negara dalam mata wang asing, berjumlah AS$10.60 bilion.
Bank pusat itu berkata bahawa untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan terlebih dahulu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, antara lain, pinjaman luar kerajaan berjadual dan tempoh matang Bil Antara Bank Bank Negara dalam mata wang asing, berjumlah AS$10.60 bilion.
Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan, Dwi Nardi berkata ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
JPN Sabah aktifkan Ops Payung bantu pelajar duduki SPM
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di kawasan dilanda banjir dapat menduduki peperiksaan itu dengan selamat.
Wanita maut pulang kerja, kereta bertembung trak tentera
Seorang wanita maut, manakala pemandu trak tentera patah tangan kanan selepas kenderaan dipandu bertembung di hadapan kem 96 depot pangkalan peluru, Masjid Tanah, Melaka.
PM tidak layan isu-isu remeh gugat perpaduan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak akan melayan isu-isu remeh yang boleh jejaskan perpaduan rakyat
Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar laporan siasatan awal disampaikan kepada Indonesia melalui kedutaan.
Tidak akan ada pendakwaan terpilih jika ahli politik benar-benar bersih - MCW
Badan itu juga menegaskan, perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.
Rasuah antara punca rakyat tidak dapat perkhidmatan sepatutnya - Sultan Nazrin
Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.
Gejala rasuah wajar dibanteras di semua peringkat secara menyeluruh di Selangor - Mohd Najwan
Mohd Najwan berharap, berharap pihak berkuasa turut memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri
Peruntukan Akta SPRM akan dipinda untuk beri lebih kuasa perangi rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, berkata antara pindaan yang akan dibentangkan kepada Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini adalah berkaitan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
SPRM Sarawak diminta ambil serius semua laporan
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mahu supaya SPRM Sarawak bertindak dengan amanah dan telus dan tidak mengambil mudah terhadap semua lap
'Berdosa tapi buat juga' - Tun M kesal umat Islam terlibat rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah walaupun amalan itu secara jelas ditegah oleh agama.
KBS garis tiga cadangan banteras rasuah di kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan menggariskan tiga cadangan untuk membanteras gejala rasuah, khususnya dalam kalangan orang muda.
Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan - KP SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.