Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa mana-mana peruntukan bersifat 'oppressive dan draconian' atau 'menindas dan kejam' di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) perlu dipinda atau dimansuhkan.
Gobind berkata beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok.
"Saya rasa kita ambil pendirian, bukan sahaja sekarang tetapi (dari) dahulu bahawa peruntukan dalam SOSMA ini adalah peruntukan yang 'oppresive dan draconian'," katanya kepada pemberita selepas menemui wakil keluarga tahanan SOSMA, di luar bangunan Parlimen.
"Kita ada satu undang-undang yang membenarkan tahanan 28 hari tanpa ada sebarang hak tahanan tersebut untuk hadir di hadapan mahkamah, dan untuk mahkamah buat keputusan sama ada ya atau tidak untuk lanjutkan atau sebaliknya. Ini perkara yang luar biasa dan disebut sebagai menindas," kata Gobind.
Beliau berkata di bawah peruntukan SOSMA sekarang, selepas mereka dituduh di mahkamah, tidak ada peruntukan yang membenarkan jaminan.
"Kalau menang bicara mereka tetap ditahan sehingga habis proses rayuan," kata Gobind yang mempunyai latar belakang sebagai seorang peguam.
Beliau berkata ia merupakan perkara yang disebut dari dahulu bahawa ia tidak adil dan pindaan serta pemansuhan peruntukan berkenaan perlu dibuat dengan kadar segera.
"Walaupun kita dalam kerajaan sekarang, tapi ia telah digunakan untuk kes baharu," katanya.
Beliau berkata rakyat menilai apa yang kerajaan laksanakan dan menambah kata pindaan dan pemansuhan tersebut perlu dibuat dengan segera.
Terdahulu itu, kira-kira 50 wakil keluarga lima tahanan SOSMA diketuai isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, V.Umah Devi berkumpul di luar bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi membantah penggunaan SOSMA dan penahanan tanpa bicara.
Memorandum itu kemudian diterima pegawai kanan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019

Gobind berkata beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.

Penolakan usul lanjut tempoh SOSMA: PDRM guna pakai peruntukan lain - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu, disyaki terlibat sindiket pengubahan wang haram
Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram.

Peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' dalam SOSMA perlu dipinda, dimansuh - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan bahawa mana-mana peruntukan bersifat 'menindas dan kejam' di bawah SOSMA perlu dipinda atau dimansuhkan.

Hanipa cabar Zahid debat isu Sosma
Menurutnya, melalui kaedah itu juga orang ramai dapat difahamkan mengapa Pakatan Harapan (PH) memilih untuk menarik balik pelaksanaan akta yang turut dikenali sebagai Sosma itu.

Tempoh maksimum 28 hari tahanan Sosma sesuai - Nur Jazlan
Beliau menegaskan polis memerlukan tempoh maksimum berkenaan memandangkan penyiasatan terhadap kes di bawah SOSMA seperti keganasan adalah kompleks dan rumit.

Tiga suspek warga asing ditangkap terlibat aktiviti keganasan
Tangkapan hasil daripada dua operasi khas oleh bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas pada 28 Mac dan 22 April tahun ini.