Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.
"Seri Paduka Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat semalam, jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia mencecah RM55,386,342.38.
Wan Ahmad Dahlan juga berkata bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Seri Paduka bertitah untuk tidak mengadakan majlis rumah terbuka di Istana Negara.
Anggaran peruntukan kewangan untuk majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 11 2018

Seri Paduka Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.

Cukai jualan 10 peratus ke atas barang dalam talian bawah RM500 dikenakan mulai 1 Jan 2024
JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan LVG di portalnya bertarikh 3 Nov 2023.

Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.

Tun M setuju potong 10 peratus pencennya untuk bantu golongan hilang pendapatan
Dr Mahathir mengakui kehidupan beliau tidak terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terpaksa diamalkan.

Belanjawan 2020: Skim Pembiayaan Sewa Beli rumah akan diperkenalkan
Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki rumah

SST 2.0 perlu jadi satu revolusi, kata akauntan
Beliau berkata, walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.

Kempen THANKYOU10 GoShop tawar diskaun 10 peratus
GoShop menawarkan promosi istimewa dengan diskaun 10 peratus bagi semua produk elektronik digital.

'Usah keliru, SST bukannya 16 peratus'
Kadar 10 peratus adalah khusus untuk barangan manakala enam peratus adalah untuk perkhidmatan.

Peruntukan gaji, emolumen Agong dikurangkan 10 peratus
Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

Astro Malaysia sasar 10% peningkatan pelanggan
Astro Malaysia Holdings Berhad mensasarkan peningkatan jumlah pelanggan sebanyak 10 peratus, dengan pelancaran 11 saluran dan 5 pakej baru dengan harga serendah RM37.95 sen sebulan.