Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun.
Perdana menteri berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak prihatin dengan menghapuskan subsidi adalah tidak benar, sebaliknya kerajaan tetap berusaha membantu meringankan bebanan rakyat melalui tumpuan kepada golongan sasar.
"Kerajaan masih menanggung subsidi setiap tahun dan jumlahnya semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia," kata Najib menerusi catatan di laman blog, najibrazak.com hari ini.
Menurutnya bagi sektor pertanian sawah padi, kerajaan menyediakan RM1.3 bilion untuk menggalakkan pengeluaran hasil padi dan membantu para pesawah manakala untuk penoreh getah, kerajaan menyediakan RM510 juta subsidi dan insentif termasuk Bantuan Musim Tengkujuh.
"Untuk para nelayan pula, kerajaan memperuntukkan RM260 juta sebagai elaun sara hidup.
"Bukan itu sahaja, kerajaan juga menanggung subsidi gas memasak sebanyak RM1.6 bilion untuk tahun ini dan subsidi bil elektrik sebanyak RM124 juta," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata pada tahun ini juga kerajaan menanggung pampasan tol supaya kenaikan harga tol dapat dielakkan.
"Ini semua dilakukan untuk menyenangkan rakyat dan mengembangkan ekonomi tempatan," katanya.
Perdana menteri berkata subsidi dan insentif berperanan penting dalam membantu ekonomi rakyat serta negara yang membangun.
"Namun secara asasnya, subsidi adalah untuk golongan yang memerlukan. Sebab itulah subsidi dan insentif hendaklah dibahagikan secara bersasar, bukan menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017

PM NAJIB: Kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu meningkat setiap tahun. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kerajaan peruntuk RM255 juta bantu pekebun kecil getah terjejas akibat musim tengkujuh
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh.

BMT beri kelegaan kepada pekebun kecil hadapi musim tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi pekebun kecil apabila tibanya musim tersebut.

Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM9.7 juta untuk peneroka tanaman getah Felda
Felda akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara.

Bajet 2023: Tambahan Bantuan Musim Tengkujuh turut libatkan pekebun Felda - PM
Tambahan kewangan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 turut membabitkan pekebun kecil Felda.

Dewan Rakyat: Kerajaan cadang sedia RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian
Kerajaan juga mencadangkan kenaikan kepada kadar ESHND daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi 3,400 nelayan darat yang berdaftar.

PM Najib umum agihan RM112.33 juta kepada pekebun kecil Risda
Sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Pekebun kecil, penoreh getah jangan tungggu saat akhir mohon BMT
Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima elaun dibawah Bantuan Musim Tengkujuh diminta agar tidak menunggu hingga saat akhir.

Peruntukan hampir RM10 bilion untuk subsidi, insentif tahun ini - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun.