Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli telah memohon peruntukan sebanyak RM350 juta bagi membina infrastruktur kawalan banjir akibat air pasang bagi kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di Sarawak.
Menterinya, Dr A. Xavier Jayakumar berkata permohonan itu masih berada di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
"Bagaimanapun, beberapa kawasan telah pun melaksanakan beberapa peringkat kerja, termasuklah rancangan pemilikan koridor sungai di bahagian Betong yang menelan belanja sebanyak RM5 juta, kerja-kerja ini akan dilaksanakan sehingga tahun hadapan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Robert Lawson Chuat (PBB-Betong) yang ingin tahu jumlah peruntukan pembinaan infrastruktur bagi kawalan banjir akibat air pasang di Sarawak.
Menjawab soalan tambahan Chuat sama ada kementerian mempunyai teknologi baharu bagi membina ban tebing sungai yang lebih efektif dari segi ketahanan bagi mengatasi masalah air banjir akibat fenomena air pasang, Jayakumar berkata kementeriannya mempunyai kepakaran berkenaan.
"Kepakaran memang ada, tiada masalah, kita akan guna kepakaran yang ada di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Kemahiran Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), sekarang kita telah gunakan kepakaran ini dalam beberapa projek baharu kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018

Ia bagi membina infrastruktur kawalan banjir akibat air pasang bagi kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di Sarawak. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.

Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.

Perak mohon buka semula LRA Air Ganda
Bagaimanapun, pembukaan semula operasi loji itu bukan untuk kegunaan makan dan minum.

Perak belum putus naik tarif air
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Perak juga bukan antara enam negeri yang telah bersetuju dengan rancangan untuk menaikkan tarif itu.

Enam negeri setuju naik kadar tarif air
Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan ketika ini.

Kebajikan pelajar MRSM daripada golongan B40 terus dipelihara
Kebajikan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan terus dijaga dalam usaha memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti.

Tarif air dijangka naik
Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor
Fasa terakhir pemilihan di Selangor membabitkan enam lagi cabang daripada keseluruhan 22 cabang di negeri itu akan diadakan pada 28 Okt ini.

Peruntukan RM350 juta dimohon bina infrastruktur kawalan banjir
Permohonan itu masih berada di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.