ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM9.93 juta bagi membantu 6,887 pesawah di seluruh kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), yang terjejas banjir serta kejadian padi rebah pada September dan November lepas.
MADA dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, peruntukan sebanyak RM1.3 juta menerusi Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) itu, diberikan kepada 956 pesawah di kawasan MADA negeri Perlis pada awal April lepas.
"Pemberian baki RM8.63 juta lagi disempurnakan pada Khamis oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, bagi membantu 5,931 pesawah di kawasan MADA negeri Kedah," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, tabung bencana tanaman itu diwujudkan MAFI sebagai bantuan khas kepada penanam padi yang menghadapi bencana luar jangka seperti serangan wabak, bencana alam dan faktor lain yang tidak dapat dielakkan.
Kenyataan itu memaklumkan banjir disebabkan hujan lebat yang berlaku pada September lepas dan kejadian ribut pada November di seluruh kawasan MADA, telah menyebabkan aliran air menjadi tinggi hingga mengakibatkan tanaman padi rebah.
Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi pesawah disaran mematuhi jadual penanaman padi yang dikeluarkan oleh MADA, bagi mengurangkan risiko dilanda banjir.
"Mereka turut dinasihatkan untuk menyelesaikan aktiviti menabur sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mengelakkan kelewatan kemudahan pengurusan bekalan pengairan untuk pertanian.
"Pesawah juga diminta mengoptimumkan penggunaan air hujan di kawasan bendang untuk aktiviti penanaman padi, selain penggunaan Benih Padi Sah (BPS)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
MAFI memperuntukkan RM9.93 juta bagi membantu 6,887 pesawah di seluruh kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), yang terjejas banjir serta kejadian padi rebah pada September dan November lepas.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.
MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.