KUALA LUMPUR: Kerajaan seharusnya memastikan peruntukan undang-undang tidak lagi menimbulkan konflik dan persepsi negatif terhadap skop tugas Peguam Negara.
Peguam yang juga Pengasas Pergerakan Rapera, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun kebelakangan ini, timbul imej kurang baik terhadap jawatan itu disebabkan kewujudan persepsi mengenai pendakwaan terpilih.
Tegasnya lagi, peruntukan undang-undang sedia, khususnya Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan sistem atau keadaan yang membolehkan konflik seperti itu berlaku.
“Sepanjang tempoh 20 hingga 30 tahun, seperti ada persepsi berlakunya pendakwaan terpilih. Dan ia menimbulkan tuduhan kurang baik untuk imej Peguam Negara, imej kehakiman seperti yang berlaku di negara kita. Dan ia berlaku kerana undang undang ketika ini membenarkan ia berlaku.
“Peguam Negara itu seorang pegawai kerajaan, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, maka beliau akan setia kepada kerajaan. Kita tak mahu keadaan itu berlaku (memandangkan beliau juga Pendakwa Raya). Jadi keadaan sekarang boleh menimbulkan konflik,” jelasnya lagi.
Baru-baru ini, media melaporkan saranan sebuah kumpulan hak asasi manusia supaya kerajaan tidak melantik hakim yang masih berkhidmat untuk mengisi jawatan peguam negara, bagi menjamin kebebasan badan kehakiman.
Charles Hector dari Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet) dilaporkan berkata, pelantikan seperti itu menimbulkan persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman dan hakim-hakim.
Mengulas lanjut, Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat Peguam Negara, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).
Mengambil contoh, beliau berkata, sistem di negara itu membolehkan Peguam Negara bertindak sebagai Menteri, yang bertanggungjawab untuk menerangkan situasi semasa kepada Parlimen, termasuk urusan pendakwaan yang dilihat berprofil tinggi.
Amalan di AS pula, terangnya lagi, memerlukan nama calon dikemukakan oleh Presiden kepada Dewan Senat, untuk proses temu duga.
Jahaberdeen berkata, sekiranya skop tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipisahkan menjadi dua, maka ia akan mengakibatkan tambahan kos, bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di peringkat negeri.
“Apabila kita pisahkan Pendakwa Raya dan Penasihat Undang-undang Kerajaan (Peguam Negara), kita bercakap tentang lakukan perubahan di seluruh Malaysia. Kerana ada penasihat undang-undang kerajaan di peringkat negeri. Maka perlu ada jabatan baharu untuk nasihatkan kerajaan, semua ini sebabkan kos,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Jahaberdeen berkata, pelantikan Peguam Negara memerlukan seseorang itu bukan sahaja mempunyai pengalaman yang luas dalam undang-undang, tetapi juga mempunyai sifat ihsan yang tinggi.
Firdaus Azil
Tue Dec 27 2022
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS. - Gambar hiasan
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dibentangkan 2025
Laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada 2025.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.