SHAH ALAM: Sikap mesra, rendah diri dan tidak sombong antara perwatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang amat disenangi oleh rakyat.
Walaupun Seri Paduka Baginda dibesarkan dengan protokol istana, namun ia tidak menghalang Al-Sultan Abdullah mendekati rakyat jelata dan menyantuni mereka.
Perkara itu turut diakui oleh rakan sekelas baginda, Zoolkefely Mohd Lazim, 67, yang menggambarkan keperibadian tersebut terserlah sejak mereka bersama-sama mendapat pendidikan di Sekolah St Thomas, Kuantan.
Menurut pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB), perwatakan mesra rakyat baginda itu masih kekal sehingga memegang tampuk kepimpinan negara sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Tuanku sangat mesra, rendah diri dan mudah bergaul dengan semua orang menyebabkan kita tidak takut dan kalau bercakap pun tidak menggunakan bahasa istana, dengan cikgu pun sama. Tuanku hormat semua orang.
“Perwatakan ini saling tidak tumpah seperti ayahanda Tuanku yang juga Sultan Pahang Kelima, Almarhum Sultan Ahmad Shah semasa hayatnya.
“Sekiranya Seri Paduka Baginda berada di Kuantan, selalunya Tuanku akan menyantuni rakyat penuh ramah sama sahaja seperti dulu dan jika rakyat Pahang memerlukan bantuan atau ditimpa musibah, baginda akan segera turun padang,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Hari ini merupakan hari terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong dan kembali berangkat pulang ke Pahang bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selama lima tahun melaksanakan amanah besar, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada ALLAH SWT, dalam memayungi Malaysia mendepani pelbagai cabaran.
Mengulas lanjut, menurut Zoolkefely, walaupun hubungan persahabatan terputus sewaktu Seri Paduka Baginda berangkat ke London, namun mereka bertemu kembali menerusi kumpulan Whatsapp sekolah.
Ujarnya, antara kenangan yang tidak boleh dilupakan sehingga hari ini adalah, dia diundang bersama keluarga dan rakan-rakan sekolah ke sesi jamuan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
“Pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Negara tidak boleh dilupakan sampai bila-bila apabila Tuanku sambut kami dari luar, bawa ke dalam kemudian tunjuk persekitaran istana.
“Perasaan saya apabila Tuanku ingin pulang menerajui semula pentadbiran negeri, bukan saya sahaja tetapi seluruh rakyat Pahang turut mengucapkan selamat kembali kepada Tuanku,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 30 2024
Zoolkefely (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan memotretkan kenangan bersama Al-Sultan Abdullah (dua dari kanan). - Gambar Sinar Harian
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.