KUALA TERENGGANU:Semua individu dari zon merah yang bergerak memasuki Terengganu diminta menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri bagi membolehkan penilaian risiko COVID-19 dilakukan.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata ia sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu susulan kebenaran rentas daerah dan negeri yang bermula 7 Dis lepas.
"Sejak Isnin (7 Dis) kami mengesan ramai kontak rapat kepada kes positif atau kluster dari luar Terengganu. Juga kes positif yang dikesan bergerak masuk ke Terengganu. Jika tidak dikawal dengan cepat, situasi ini bakal mengundang kluster baharu di Terengganu.
"Sebagai langkah kawalan, semua yang bergerak masuk ke negeri ini khususnya dari zon merah diminta menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) atau Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah untuk kami buat penilaian risiko dan tindakan seterusnya. Kami menyediakan borang deklarasi yang perlu dilengkapkan," demikian menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook miliknya hari ini.
Menurut Dr Nor Azimi, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan untuk melindungi Terengganu, apatah lagi pihaknya menjangkakan pertambahan kes berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri berhampiran.
"Ada pengembara yang masuk dari zon merah terus ke Klinik Kesihatan untuk dibuat saringan tanpa singgah di mana-mana. Mereka dikesan positif dan terus dimasukkan ke hospital. Sikap begini sangat baik dan patut dipuji kerana ia membantu mengelakkan penularan dalam komuniti serta patut dicontohi oleh pengembara lain," katanya.
Mereka yang berkenaan boleh menghubungi CPRC melalui talian 09 6229775 dan 09 6353752.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Ia sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu susulan kebenaran rentas daerah dan negeri yang bermula 7 Dis lepas.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.