SLIM RIVER:Polis menerima laporan seorang lelaki yang memakai gelang tangan positif COVID-19 berwarna biru muda melarikan diri dari wad 7, Hospital Slim River, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada pihak hospital berkenaan pada jam 4.48 petang.
Bagaimanapun, katanya, lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran Petronas Slim River.
“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA: COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas
Menurutnya, maklumat terkini yang mereka perolehi mengatakan, hasil saringan COVID-19 oleh pihak Jabatan Kesihatan Slim River, lelaki tersebut telah disahkan negatif dan dijadual dibenarkan keluar hari ini.
“Hasil semakan rekod jenayah oleh pihak polis mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod lampau dan telah ditangkap,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186KK, 269 KK & 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Nov 22 2020

Hasil saringan pihak Jabatan Kesihatan Slim River mendapati lelaki yang lari itu disahkan negatif COVID-19 dan dijadual keluar Hospital Slim River hari ini.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lelaki ugut bunuh isteri, dera guna lilin ditahan polis
Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis semalam di Kampung Alai, Gerik.

Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.

Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.

Pemakaman Ratu Elizabeth II: Bidaan gelang terpakai cecah RM1,039
Ia selepas bidaan mencecah ribuan gelang disaksikan di pasaran edagang tersebut.

Nasom terima sumbangan RM20,000, hasil jualan gelang tangan
Ia hasil jualan gelang tangan buatan kanak-kanak autisme di beberapa acara tayangan khas dan pameran filem itu sejak 25 Ogos lepas.

Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.

Jururawat rugi lebih RM10,000 diperdaya beli barang kemas di laman sosial
Mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa berminat membeli seutas gelang tangan yang diiklankan pada harga RM422.

Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial
Mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa telah terpedaya membeli seutas gelang tangan berharga RM4,600 seberat 21 gram yang diiklankan di media sosial Facebook, pada 10 Dis lepas.

Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Slim River diberkas
Lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran Petronas Slim River.