HONG KONG: Beberapa pesakit COVID-19 warga emas di sebuah fasiliti kuarantin di Hong Kong mendakwa telah diabaikan dengan ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat mandi selama 20 hari, dan mengalami ulser kulit.
Kemudahan di pusat kuarantin AsiaWorld-Expo di Pulau Lantau yang disediakan pemerintah Hong Kong itu malah disifatkan sebagai ‘neraka hidup’ oleh sebilangan jururawat yang bertugas, lapor portal berita South China Morning Post.
Ahli keluarga dan waris pesakit bukan sahaja tidak berpuas hati dengan keadaan wad yang tidak berkualiti, malah kecewa dengan layanan yang diberikan terhadap orang kesayangan mereka yang ditinggalkan di situ.
Petugas perubatan kanan di fasiliti itu juga telah secara umum mendesak pihak pemerintah untuk segera menangani perkara berkenaan.
Lawrence Yip, 46, meninggalkan ibunya yang berusia 83 tahun di pusat tersebut selama dua minggu menyelar pihak pemerintah kerana ‘terlalu lambat bertindak’.
“Sudah dua tahun pandemik melanda. Mengapa pemerintah tidak menyedari dan tidak bersedia untuk berdepan situasi kritikal?” soalnya.
Dakwa warga tempatan itu, ibunya yang mengalami kesukaran untuk berjalan, tidak dimandikan selama lebih dua minggu. Disebabkan pengalaman itu, dia mendesak pihak berkuasa menguruskan sesi panggilan video harian untuk berhubung dengan ahli keluarganya.
Sementara itu bagi surirumah yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 65, dia terasa pilu apabila mengetahui ibunya yang berusia 93 tahun kini mengalami masalah ulser kulit selepas dibiarkan terbaring selama 23 hari di pusat berkenaan.
Menurutnya, sebelum mendapat katil, ibunya terpaksa menunggu selama lima hari di luar jabatan kecemasan Hospital Lantau.
“Saya menyesal menghantar ibu saya ke situ dan dia terpaksa berdepan kesulitan sendirian,” keluh Wong kepada SCMP.
Kemudahan kuarantin tersebut yang terletak berdekatan lapangan terbang, dilancarkan pada Januari lalu dengan menawarkan 500 katil untuk pesakit COVID dengan simptom ringan. Ia kini diuruskan Pihak Berkuasa Hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ia pada awalnya merupakan sebuah hospital kabin bergerak dari Disember 2020 hingga Mac tahun lalu, namun kini kemudahan di situ sudah tidak lagi dalam keadaan baik malah terabai.
Agensi
Fri Mar 18 2022

Pusat kuarantin AsiaWorld-Expo di Pulau Lantau didakwa tidak lagi dalam keadaan baik, dari segi kemudahan mahupun perawatan. - SCMP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

10 lokasi dipercayai dijadikan pusat kuarantin GISB di Malaysia, dua di Indonesia, Turkiye - KPN
Siasatan mendapati terdapat 12 pusat kuarantin milik GISB yang dipercayai dijadikan sebagai tempat indoktrinasi dan penderaan mental kepada ahli yang bermasalah.

GISB: Polis siasat dakwaan pusat kuarantin jadi tempat indoktrinasi di dalam, luar negara
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya pusat kuarantin kendalian Global Ikhwan Service and Business (GISB) di dalam dan luar negara.

Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara
MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.

COVID-19: Shanghai pisahkan kanak-kanak positif dari ibu bapa
Kanak-kanak perlu dihantar ke tempat ditetapkan dan orang dewasa ke pusat kuarantin serta tidak dibenarkan menemani anak-anak mereka.

Pesakit COVID-19 warga emas di pusat kuarantin Hong Kong terabai, tak mandi 20 hari, alami ulser kulit
Ahli keluarga pesakit tidak dapat menerima alasan tentang kekurangan petugas di pusat kuarantin berkenaan.

Kebakaran musnahkan pusat kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Kesemua 12 pelarian Rohingya yang dikuarantin di pusat yang mempunyai 70 katil itu dilaporkan selamat dipindahkan ke lokasi lain.

Kelengkapan di Pusat Kuarantin PPR Batu Putih rosak, tidak sedia terima lonjakan penghuni
Kesan daripada sanitasi setiap kali bertukar penghuni menyebabkan peralatan ini rosak dan perlu diganti.

Cadangan penjawat awam kerja dari rumah bantu tugasan perkeranian di PKRC - NADMA
Cadangan tersebut akan dibawa untuk perbincangan antara pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan negeri.

Kapasiti PKRC MEC masih mencukupi - Jabatan Kesihatan P. Pinang
PKRC MEC itu mempunyai 1,008 katil, manakala PKRC Pusat Latihan Zakat (PULAZA) di Balik Pulau yang mempunyai 190 katil, kini tidak beroperasi.

ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital, pusat kuarantin - TPM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset-asetnya, bagi membantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19.