PUTRAJAYA: Seorang pekerja kilang dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak di bawah asuhan ibunya pada 2017.
Hukuman itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan pada Rabu yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Adam Hassan daripada pertuduhan.
Panel hakim membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengenakan semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menyabitkan Adam di atas pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan.
Hakim Hanipah yang duduk bersama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan berkata melihat kepada bukti, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Adam, 30, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas kanak-kanak perempuan yang berumur tiga tahun lapan bulan ketika kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada pukul 6.30 petang, 11 Okt 2017.
Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 23 Okt 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Adam bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan.
Mahkamah Tinggi pula pada 23 Okt 2020 membenarkan rayuan Adam dan melepaskan serta membebaskannya dan ini membuatkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli mewakili pendakwaan pada prosiding hari ini sementara Adam diwakili peguam Md Yusuf Md Idris and Bun Liang a/k Sau Ah Seng.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Hukuman itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan pada Rabu. - Gambar hiasan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.

Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.

Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.

Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.

Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs
Dua selebriti yang tidak dinamakan turut diheret dalam dakwaan serangan seksual ke atas remaja berusia 13 tahun pada 2000.

Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs
Enam saman baharu dikemukakan ke atas bintang terkenal Hollywood itu melibatkan serangan seksual yang berlaku antara 1995 hingga 2021.

Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000
Pemain bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo disabitkan dengan kesalahan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot.

Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol.

Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.

Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya dekat sini Selasa lalu.

Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.