KUALA TERENGGANU: Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
Walaupun hobi itu melibatkan pelaburan yang banyak sehingga mencapai ratusan ribu ringgit, Mansor yang pernah berkhidmat selama 22 tahun dalam angkatan tentera tidak pernah berasa ralat kerana barangan berkenaan dianggap mempunyai nilai estetikanya tersendiri.
Malah Mansor berkata dalam tempoh hampir 30 tahun, beliau berjaya mengumpul hampir 1,000 barang antik yang berusia ratusan tahun.
"Pada mulanya saya membeli sebilah keris lama daripada rakan sekadar suka-suka. Tetapi selepas itu timbul minat kerana bila balik rumah, rasa tenang dan ralit pula dapat membelek barang berkenaan.
"Sejak itu saya mula terlibat secara aktif memburu barang lama melalui rakan dari dalam dan luar negara," katanya ketika ditemui di Pasar Karat Muzium Terengganu, di sini pada Isnin,
Bercerita lanjut Mansor berkata antara koleksi berharga yang dimilikinya termasuk pedang berusia lebih 100 tahun, gong antik berukir naga, pisau belati Tibet, kukur kelapa, kertuk lembu dan tongkat berukiran ular.
Selain itu terdapat juga beberapa barangan yang dikatakan berunsur mistik iaitu 'keris terbang' yang didakwa menjadi alat pemujaan masyarakat dahulu kala.
"Selain senjata, saya juga memiliki banyak koleksi tembikar, acuan kuih, tempayan, pasu dan periuk tembaga yang digunakan oleh nenek moyang kita.
"Bagaimanapun, yang paling saya sayang ialah keris tertera 99 nama Allah yang dipercayai digunakan sebagai lambang keperwiraan pahlawan. Namun keris itu hanya hiasan dan tidak digunakan untuk berperang kerana diukir dengan nama Allah," katanya.
Namun memandangkan usianya yang semakin tua, Mansor berkata beliau mengambil keputusan untuk menjual koleksi kesayangannya kerana 10 orang anaknya tidak berminat untuk menyimpan dan menjaga barangan itu.
Walaupun agak sedih, beliau berharap barangan itu dapat dijaga rapi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pembeli.
Menurut beliau barangan yang paling mahal pernah dijual ialah permata zamrud berharga RM65,000 yang dibeli oleh seorang ahli perniagaan berbangsa Cina.
"Sekarang ini saya memang buka kedai jualan di Kampung Rhu Renggeh. Mereka yang berminat boleh terus datang ke kedai untuk tengok.
"Pelanggan pula terdiri daripada semua golongan dan pelbagai bangsa. Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Mansor menunjukkan koleksi jebak burung untuk dijual kepada peminat-peminat koleksi barangan lama di perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu. - Foto BERNAMA
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
Kemboja, Laos setuju laksana empat strategi tingkat kerjasama dua hala
Kemboja-Laos kedua telah bersetuju dengan empat perkara utama yang dijangka dapat meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan dua hala antara dua negara itu.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar
Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.