KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dipercayai dibunuh dalam kejadian di tepi jalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu awal pagi Rabu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.35 pagi.
Menurutnya, mangsa yang berusia 65 tahun itu dipercayai dilanggar oleh suspek yang juga rakannya berusia 35 tahun sebelum bertindak menikam mangsa yang ketika itu berada di dalam longkang.
"Berdasarkan siasatan awal kita mendapati berlaku pergaduhan antara kedua-dua wanita tersebut, di mana suspek dan mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan hasil agihan keuntungan perniagaan jualan pakaian yang dijalankan oleh mereka berdua.
"Ekoran pergaduhan itu, suspek yang ketika itu berada di dalam kereta bertindak melanggar dan menikam mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Rabu.
Menurut Mazli, mayat mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Berang dan dibawa ke hospital berkenaan untuk tindakan lanjut.
Susulan itu Mazli berkata, pihak polis berjaya menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi pada Rabu bagi membantu siasatan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
"Kita akan melengkapkan kertas siasatan dan suspek akan ditahan reman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok (Khamis)," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 01 2023
Keadaan lokasi kejadian ketika mayat mangsa ditemukan di dalam longkang di tepi jalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pagi Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
[TERKINI] Presiden Uzbekistan Diberi Sambutan Rasmi Di Perdana Putra
Presiden Uzbekistan Diberi Sambutan Rasmi Di Perdana Putra
DESC: Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Mirziyoyev, yang tiba di sini semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2016, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
DESC: Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Mirziyoyev, yang tiba di sini semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2016, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Bersama ditalian Pakar Geostrategi, Prof Dr. Azmi Hassan.
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.