KUALA LUMPUR: Seorang pesara perkhidmatan awam memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan Malaysia supaya menyegerakan penyelarasan pencen.
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas peguam Datuk Dr Abd Shukor Ahmad yang mewakili Aminah Ahmad memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.
"Mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dan menetapkan pengurusan kes pada 14 Mac ini menerusi e-Review," kata hakim itu.
Prosiding itu turut dihadiri seorang lagi peguam mewakili Aminah, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, manakala AGC diwakili Peguam Persekutuan Ainna Sherina Saipolamin.
Pada 12 Jan lepas, Aminah yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar atas kapasiti peribadi dan bagi pihak 56 pesara lain memfailkan permohonan itu dengan menamakan kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai responden.
Dalam permohonan itu, dia memohon perintah mandamus bagi memaksa kedua-dua responden menyegerakan penyelarasan pencen kepada amaun kelayakan pencen mengikut formula yang terkandung dalam Seksyen 3 dan 6 Akta Penyelarasan Pencen 1980, sebelum pindaan di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) (PAA) 2013.
Aminah juga memohon perintah supaya responden melaksanakan pembayaran tunggakan pencen kepada pemohon dalam tempoh 14 hari, selain memohon perintah pengisytiharan bahawa kegagalan membayar tunggakan pencen melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Aminah, bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, telah menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kerana mendakwa pindaan kepada PAA 2013 mengakibatkan keadaan kurang memberi manfaat kepada beliau, berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah PAA 1980.
Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang berkenaan, bagaimanapun pindaan 2013 diperkenal berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.
Saman Aminah pada mulanya diketepikan oleh Mahkamah Tinggi pada 2020, namun susulan rayuan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya. Kerajaan dan Ketua Pengarah JPA pula mendapat kebenaran merayu pada 2022.
Bagaimanapun pada 27 Jun 2023, Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah, selain turut menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah JPA untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Baljit Singh ketika ditemui pemberita berkata beliau dan anak guamnya berterima kasih kepada AGC kerana memberi kebenaran kepada permohonan semakan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dan menetapkan pengurusan kes pada 14 Mac ini menerusi e-Review. -Gambar fail/Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pesara perkhidmatan awam dapat kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman
Mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dan menetapkan pengurusan kes pada 14 Mac ini menerusi e-Review.