GUA MUSANG: Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi dan turut mendapat tempahan daripada pelanggan di Kampung Bertam Baru, di sini.
Sarjan Bersara Ridzwan Abdul Wahab, 44, yang memiliki sebuah kedai gunting rambut menyediakan satu ruangan kecil di dalam premis berkenaan sebagai bengkel melukis ketika menunggu kunjungan pelanggan.
Beliau yang mula melukis sejurus selepas bersara daripada perkhidmatan pada 2010, telah menghasilkan 1,500 lukisan manakala inisiatif melakarkan potret Perdana Menteri dimulakan pada lima tahun lepas.
"Pada awalnya saya melukis potret Perdana Menteri bermula dengan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, disusuli lukisan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi, tetapi jika ada yang berminat saya akan menjualnya.
"Saya berbangga menghasilkannya kerana mereka semua ialah pemimpin negara dan berasa sangat dekat di hati, jadi saya akan mengabadikan wajah pemimpin ini setiap kali terdapat Perdana Menteri yang baharu. Setakat ini, memang ada pelanggan yang menempah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bertam Baru, baru-baru ini.
Ridzwan berkata tempoh menyiapkan sesebuah lukisan bukan hanya bergantung kepada saiz, sebaliknya jenis bahan yang digunakan turut memainkan peranan.
"Satu lukisan hitam putih biasanya dapat disiapkan dalam masa sehari, namun bagi lukisan berwarna ia bergantung kepada keadaan kerana saya bekerja. Kalau waktu cuti saya hanya perlukan sehari untuk siapkan lukisan saiz kecil dan sederhana tetapi untuk saiz besar seperti potret keluarga memerlukan masa dua hingga tiga hari kerana agak rumit.
"Saya mengambil upah pada kadar RM50 untuk lukisan hitam putih dan daripada RM100 hingga RM200 bagi lukisan berwarna," katanya yang menjualnya bersekali dengan bingkai mengikut saiz dan jenis ukiran.
Beliau berkata tempahan juga banyak diterima daripada media sosial yang digunakannya sebagai platform pemasaran menerusi Tiktok @sarjanwan576 dan Facebook Ridzwan Wahab.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
![Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694601322_TBPESARAGUAMUSANG.jpg)
Ridzwan telah menghasilkan 1,500 lukisan manakala inisiatif melakarkan potret Perdana Menteri dimulakan pada lima tahun lepas. - Foto BERNAMA
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
![Pesara tentera didakwa laku amang seksual terhadap cucu saudara Pesara tentera didakwa laku amang seksual terhadap cucu saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721803395_MahkamahSesyen.jpg)
Pesara tentera didakwa laku amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga cucu saudaranya.
![Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714444528_Pesaratenterajpg.jpg)
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
![Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708252550_JHEVATM.jpg)
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
![Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694601322_TBPESARAGUAMUSANG.jpg)
Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi.
!['Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun 'Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690197270_TBDrGAnja.jpg)
'Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.
![Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689067555_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
!['Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan 'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681350491_jualplastik.jpg)
'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan Hussin berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.
![Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666860208_PesaraBatuGajah.jpg)
Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.
![Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659957092_TBmurad.jpg)
Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka
Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.
![Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654118529_MohdRedzuanAbdulla.jpg)
Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu
Mohd Redzuan Abdullah mendapat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C di Cheras.