SEPANG: Teleport menyasar untuk menjadikan logistik mampu milik bagi semua pihak menerusi penambahan pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) pertama ke dalam kumpulan pesawatnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan dengan berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.
"Pesawat pengangkut Airbus 321 (A321F) Teleport menawarkan peluang besar untuk perniagaan kecil mengembangkan produk mereka," katanya semasa majlis memperkenalkan pesawat A321F di sini, semalam.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu.
Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan CEO Teleport, Pete Chareonwongsak.
Teleport diasaskan pada 2018 dengan menyatukan kapasiti muatan di dalam muatan pesawat penumpang yang tidak digunakan daripada semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah satu rangkaian.
Sementara itu, Chareonwongsak berkata A321F akan memperkukuh rangkaian logistik udara terbesar Teleport di Asia Tenggara di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada hab pengeluaran dan pembuatan utama yang pesat berkembang di rantau ini.
Beliau berkata Teleport menjangkakan kehadiran tiga lagi pesawat A321F menjelang akhir tahun ini dan sejumlah 10 pesawat pengangkut dalam tempoh 18 bulan akan datang.
"Bermula dengan syarikat pemula niaga yang kurang sempurna dan sederhana di Malaysia, setiap hari sebanyak 676 kakitangan Teleport di tujuh negara berusaha tanpa mengenal penat untuk menghantar lebih banyak barangan menerusi udara berbanding pihak lain di Asia Tenggara.
"Kami menyaksikan pertumbuhan kami semakin pesat sejak 24 bulan lepas, dengan kami telah meningkatkan skala sebuah syarikat yang menguntungkan dan berada di landasan untuk menjana perolehan tahunan sebanyak US$200 juta," katanya. (US$1= RM4.65)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Pesawat A321F bersedia sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya di Sepang, 12 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.

Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.

Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).

Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.

Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.