KUALA LUMPUR: Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor hari ini mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).
Menurut maklumat di laman sesawang Jet Valet Sdn Bhd, pesawat itu direka untuk membawa enam penumpang dan satu krew penerbangan pada satu-satu masa dengan jarak penerbangan maksimum sekitar 2,500km.
"Kabin berukuran 4.11 meter panjang dan lebar 1.69 meter serta tinggi 1.68 meter, menjadikan keluasan keseluruhan kabin ialah 8.9 meter padu. Saiz ruang kabin pesawat itu selesa untuk enam penumpang," menurut laman sesawang itu.
Selain itu, laman sesawang Global Air turut memaparkan pesawat ringan enjin berkembar yang dibuat oleh pengeluar Amerika Syarikat, Hawker Beechcraft Corporation itu boleh mencapai altitud maksimum sehingga 41,000 kaki dengan berat pendaratan maksimum 11,600 pound atau 5,262 kilogram.
Petang tadi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV telah terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Menurut CAAM, pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd membawa enam penumpang serta dua kru penerbangan, dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Pada masa sama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun, berada dalam senarai penumpang (flight manifest) pesawat itu.
Turut tersenarai ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
Nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlaku hari ini adalah kelima membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh 46 tahun.
Kali terakhir ia direkodkan terjadi di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, melibatkan pesawat Beechcraft Bonanza F35 apabila ia mendarat cemas di laluan kecemasan selepas mengalami kerosakan enjin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j). - Gambar fail/Wikipedia

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pesawat terhempas di Elmina: Operasi pencarian 95 peratus selesai, laluan dibuka tengah hari ini
Laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup bagi operasi akan kembali dibuka kepada orang awam tengah hari ini.

Pesawat terhempas di Elmina: Kenderaan bawa mayat mangsa tiba di HTAR
Waris hanya menunggu di laluan masuk kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke pekarangan Jabatan Forensik ketika proses menurunkan jenazah.

Pesawat Beechcraft boleh cecah kelajuan maksimum hingga 840km/j
Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor hari ini mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).