SEPANG: Syarikat induk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 pertamanya dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Hangar 5, Kompleks Kejuruteraan MAB.
Pesawat canggih ini akan melaksanakan penerbangan komersial pertamanya ke Kota Kinabalu hari ini melalui penerbangan Malaysia Airlines MH2640 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 3:40 petang waktu tempatan.
Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Kumpulan MAG berkata pengenalan pesawat kecil atau (narrow-body) ini akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, selain kecekapan operasi dan bahan api.
“Dengan pengenalan pesawat baharu ini, ia bukan sahaja menyegarkan pesawat kami yang sudah lama, namun bertindak sebagai permulaan era baharu syarikat penerbangan nasional Malaysia.
“Ia juga sejajar dengan Matlamat Rancangan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG selain berusaha untuk menjadi peneraju dalam kumpulan perkhidmatan pelancongan dan penerbangan di Asia,” menurutnya.
MAG juga telah memesan sebanyak 25 pesawat Boeing 737-8 melalui kontrak sewa operasinya dengan Air Lease Corporation (ALC), yang akan dihantar secara berperingkat sehingga tahun 2026.
Menurut MAG, pesawat ini akan berkhidmat ke pelbagai destinasi domestik di Malaysia, dengan rancangan masa depan untuk meluaskan destinasi ke seluruh rangkaian ASEAN dan Asia dengan penambahan lebih banyak pesawat serupa demi pelanggannya.
“Pesawat ini akan menawarkan konfigurasi tempat duduk yang terdiri daripada 12 tempat duduk dalam kelas perniagaan selain 162 tempat duduk dalam kelas ekonomi.
“Kami juga ingin meningkatkan kepuasan pengguna melalui perkhidmatan hiburan dalam penerbangan, melalui ciri hiburan dalam penerbangan tanpa wayar selain pelbagai jenis kandungan yang ditetapkan kepada penumpang, ” katanya lagi.
Malaysia Airlines juga akan memperkenalkan internet berkualiti tinggi di dalam penerbangan, menandakan kali pertama usaha MAG menggabungkan ciri ini ke dalam pesawat kecil, membolehkan pelanggan sentiasa boleh berhubung sepanjang perjalanan.
Seiring dengan pelan pemodenan syarikat penerbangannya, MAG juga sedang menjalani penambahbaikan pada 39 daripada 47 pesawat B737-800 NG, yang dijangka siap awal 2024.
Selain itu, mereka turut memperoleh satu pesawat A350-900 untuk menyokong keperluan syarikatnya dan akan menerima 20 pesawat Airbus 330neo, dengan penghantaran pertama dijadualkan pada September 2024.
Kini MAG kini memiliki sebanyak 102 pesawat melalui anak kesemua syarikatnya, Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, dan MASkargo.
Zikry Halim
Mon Nov 20 2023
Pengenalan pesawat kecil atau (narrow-body) ini akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, selain kecekapan operasi dan bahan api. - Foto Malaysia Aviation Group (MAG)
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines mulakan perkhidmatannya hari ini
Pesawat canggih ini akan melaksanakan penerbangan komersial pertamanya ke Kota Kinabalu hari ini.