Sekurang-kurangnya 45 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.
Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sumatera Utara, Helfi Assegaf memberitahu bahawa pesawat dengan kod penerbangan A1310 itu membawa sekumpulan anak kapal yang mahu bertukar giliran tugas secara berpasukan.
"Lebih kurang 50 orang terlibat dalam penggiliran tugas tersebut," kata Helfi.
Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.
Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.
Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.
“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.
Fuad juga berkata Komander TNI Jeneral Moeldoko telah mengarahkan Ketua Angkatan Udara supaya sebuah siasatan dijalankan berkaitan nahas tersebut.
Setakat ini gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.
Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Seorang saksi di tempat kejadian juga memberitahu dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu jatuh menjunam lalu memusnahkan beberapa buah rumah penduduk di kampung tersebut.
Selain mengorbankan nyawa, tragedi itu turut mengakibatkan beberapa bangunan rumah kedai di kompleks Gardenia Residence musnah dan terbakar.
Astro Awani
Tue Jun 30 2015

Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. - Foto EPA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Maghribi mulakan penghantaran bantuan melalui udara ke Gaza
Operasi Maghribi seiiring dengan langkah enam negara lain dan dijalankan di bawah arahan Raja Mohammed VI.

Diusik memori basikal arwah bapa, 25 tahun Azizan kumpul koleksi 'legend'
Nostalgia menunggang basikal 'tua' ketika ke sekolah pada zaman remaja menyebabkan seorang warga emas mengambil keputusan menyimpan koleksi basikal 'legend' berkenaan.

113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.

Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 45 disahkan maut
Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.

MH370: Pesawat Hercules ketiga TUDM tiba di Pangkalan Pearce
Pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempertingkatkan pencarian pesawat MH370.