Pesawat khas untuk misi kedua membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan, China, susulan wabak COVID-19, telah berlepas ke bandar itu petang Selasa.
Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pesawat khas AirAsia itu berlepas pada 5.58 petang bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka.
Seramai 21 petugas misi dari lima agensi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kali ini melibatkan masing-masing seorang petugas NADMA, Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen, enam petugas Kementerian Kesihatan dan 12 kru penerbangan AirAsia.
Misi HADR pertama kali digerakkan kerajaan Malaysia pada 4 Feb lepas dan berjaya membawa pulang 107 rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, terdiri daripada 88 rakyat Malaysia dan 19 lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara.
Pesawat khas AirAsia itu dijangka bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe pada 1 pagi (26 Feb) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 pagi hari sama.
Jurucakap itu berkata Misi HADR kedua ini akan melalui proses sama seperti HADR pertama.
Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama berkata persiapan bagi membawa pulang rakyat Malaysia itu berjalan lancar dan pihak kedutaan Malaysia sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa China berhubung misi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 25 2020
Pesawat khas AirAsia itu dijangka bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe pada 1 pagi (26 Feb) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 pagi hari sama. - Gambar fail
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan
Pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
12,000 isi rumah di Lawas terima bantuan bekalan makanan
Sumbangan ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat di setiap pelusuk negeri itu menerima bantuan sepatutnya.
Individu dibawa naik trak penjara ke pusat kuarantin tidak benar - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya individu yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan trak penjara.
Pesawat khas misi kedua bawa pulang rakyat Malaysia berlepas ke Wuhan
Pesawat khas AirAsia itu berlepas pada 5.58 petang bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka.