IPOH: Kementerian Pengangkutan (MoT) akan mengumumkan hasil siasatan awal kemalangan pesawat ringan yang mengorbankan seorang juruterbang di Ipoh, awal Ogos lalu, dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata laporan berkenaan disiapkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara MoT.
"Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Bahagian Siasatan Kemalangan Udara di bawah MoT perlu mengemukakan laporan awal mengenai nahas itu dalam masa sebulan.
"Bagaimanapun saya belum melihat laporan itu kerana tugasan di luar pejabat.
"Untuk laporan lengkap pula, lazimnya oleh kerana ini melibatkan aspek teknikal, kita akan terus serahkan kepada CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) untuk melakukan tindakan berdasarkan kepada peraturan antarabangsa," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Perak di Dewan Bulan Sabit Merah di Ipoh pada Ahad.
Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, juruterbang pesawat berkenaan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, terkorban di tempat kejadian selepas pesawat ringan dikendalikannya terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini
Rakannya Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pula mengalami kecederaan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 11 2022

Ka Siong, berkata laporan berkenaan disiapkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara MoT. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dua pesawat penumpang bertembung di Lapangan Terbang Haneda Tokyo
Dua pesawat penumpang dilapor bertembung berhampiran jalan rayap di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Sabtu, menurut kementerian pengangkutan Jepun.

Pesawat ringan terhempas: MoT umum hasil siasatan awal tidak lama lagi
MoT akan mengumumkan hasil siasatan awal kemalangan pesawat ringan yang mengorbankan seorang juruterbang di Ipoh, awal Ogos lalu, dalam masa terdekat.

Air Namibia, Korean Air berlanggar di Frankfurt
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pesawat mengalami kerosakan dan penerbangan tertangguh lebih 21 jam.

Kronologi insiden pesawat TUDM terhempas sepanjang 2016
Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas sepanjang tahun ini.