SEMENYIH: Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 yang terkorban dalam nahas pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh, Perak semalam disifatkan sebagai seorang yang mesra, ceria dan sering memudahkan urusan orang lain, demikian menurut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Affendi berkata Allahyarham Fajim Juffa semasa berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah berada di bawah seliaannya di Skuadron MiG-29.
"Dia (Fajim Juffa) merupakan salah seorang juruterbang di bawah naungan saya di skuadron MIG-29, saya boleh kata kalau di mana dia berada, suasana akan menjadi ceria, boleh juga kata apa yang dia lakukan akan menyenangkan ramai orang.
"Kita dapat lihat hari ini berapa ramai kawan dia yang datang, dia berkawan dengan semua orang, dia tiada batasan dalam berkawan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Fajim Juffa di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma di sini, malam ini.
Affendi turut mendoakan agar roh Fajim Juffa ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan berharap keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi saat sukar ini.
Affendi berkata ATM akan meneliti bentuk bantuan yang boleh diberi kepada keluarga Allahyarham memandangkan arwah merupakan veteran tentera.
"Ketika ini pun banyak rakan-rakan telah memberikan bantuan, dan bantuan yang rasmi akan diteliti kemudian," katanya.
Dalam insiden kira-kira 8 malam semalam, Fajim Juffa berasal dari sini maut, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera dan berada dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Jenazah Allahyarham Fajim Juffa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selasa malam. - Gambar/ FB ATM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.

Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.

Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.