SEPANG: Api marak di pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam semalam berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata sebuah jentera JBPM yang kebetulan berada di kawasan berdekatan telah bergegas ke lokasi kejadian, dan pihaknya telah berada di lokasi kejadian 10 minit selepas mendapat panggilan pada 2.55 petang.
"Kebetulan sebuah jentera kita dalam perjalanan ke balai selepas melakukan operasi menyelamat orang sesat di lokasi lain dan kebetulan berada berhampiran tempat kejadian dan terus ke situ untuk operasi menyelamat," katanya dan ia telah memendekkan tempoh respons ke tempat kejadian.
Beliau berkata seramai 53 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Kota Anggerik di Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selain bantuan daripada bomba sukarela Saujana Utama.
Ditemui Bernama selepas menyambut kepulangan Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi di Mardi Himal, Nepal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Abdul Wahab berkata JBPM memulakan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di jalan dan juga serpihan pesawat pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina: Operasi di lokasi nahas bersambung
Pada masa sama, katanya usaha mencari cebisan mayat yang berkemungkinan masih berada di bawah serpihan pesawat masih diteruskan.
"Pasukan kami masih berasa di lokasi sejak semalam dan kami akan memulakan kerja pembersihan termasuk minyak yang tumpah di jalan raya dan serpihan pesawat pagi ini," katanya.
Sepuluh individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Seramai 53 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Kota Anggerik di Shah Alam selain bomba sukarela Saujana Utama telah dikejarkan ke lokasi kejadian, semalam. - Gambar fail/ Shahir Omar/ Astro AWANI

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.

Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.

Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.