KUALA LUMPUR: Grab Malaysia telah menghubungi keluarga Sharipuddin Shaari yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, untuk memberi sokongan dan bantuan sewajarnya.
Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.
Ia termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar, menurut kenyataan itu.
"Keluarga Grab mengucapkan takziah kepada keluarga, waris dan rakan-rakan Sharipuddin yang merupakan seorang rakan penghantar berdedikasi. Sharipuddin merupakan individu yang rajin dan kami seluruh komuniti rakan penghantar berduka cita kerana insiden itu berlaku ketika Allahyarham sedang bekerja keras mencari rezeki halal.
"Kami dapat merasakan kesedihan yang dilalui semua ketika ini. Kami memanjatkan doa buat keluarga Allahyarham dan keluarga mangsa lain yang terbabit dalam nahas tragis di Elmina," menurut kenyataan itu.
Sharipuddin, 53, merupakan seorang daripada 10 terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor petang semalam.
Tragedi itu turut mengorbankan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Grab Malaysia memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Grab Malaysia teguh perkasa rakyat menuju masa depan mampan
Grab Malaysia terus komited memperkasakan masyarakat inklusif dengan mendukung golongan kelainan upaya (OKU), wanita, dan komuniti tempatan, sejajar dengan wawasan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif

Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.

Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza
Grab Malaysia menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM1 juta bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk di Gaza yang terkesan akibat kemelut Palestin-Israel yang terus meruncing.

Grab Malaysia sokong matlamat kerajaan bina negara kalis masa depan
Grab Malaysia dedikasi meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya rakan melalui inisiatif seperti GrabAcademy dan kerjasama strategik.

Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin
Grab Malaysia memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Pemandu tidak cukup punca tambang tidak menentu - Grab Malaysia
Grab berkata pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

Vaksin COVID-19 untuk warga emas: Grab Malaysia tawar diskaun perjalanan
Program ini diperkenalkan susulan laporan yang menyatakan bahawa masalah pengangkutan menjadi punca utama warga emas tidak menghadiri janji temu vaksinasi mereka.

Grab Malaysia bekerjasama dengan Majlis Pekerjaan Negara untuk atasi pengangguran
Program #TechUntukSemua yang dibentangkan kepada Majlis Pekerjaan Negara merangkumi tiga teras utama untuk memperkasakan lebih ramai individu untuk mendapat peluang dari ekonomi digital.

Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.

Ekonomi gig kurangkan kos 30 peratus, tingkat pendapatan 70 peratus - Grab Malaysia
Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia menyambut baik sokongan kerajaan dalam meningkatkan dan merancakkan ekonomi gig di negara ini.