KLANG: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves hari ini.
Menerusi perkongsian Facebook rasmi Allahyarham, jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira jam 9 pagi.
"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang bagi urusan solat kali pertama.
"Jenazah kemudiannya dijangka tiba di Masjid Saidina Hamzah, Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk solat jenazah kali kedua kira-kira jam 11 pagi sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, kira-kira jam 12 tengah hari," katanya menerusi kenyataan tengah malam tadi.
Semalam, balu Allahyarham, Datin Seri Maziah Samsudin hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di sini.
Difahamkan kehadiran beliau berkaitan urusan pengecaman jenazah Allahyarham.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan semalam, kesemua sembilan jenazah mangsa terlibat nahas ini boleh dituntut kira-kira jam 9 pagi ini di Jabatan Forensik HTAR.
"Semua urusan melibatkan proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan sebelum ini telah diselesaikan.
"Kesemua identiti mayat telah dikenal pasti menerusi usaha yang dijalankan sebelum ini," katanya pada sidang media di pekarangan jabatan itu semalam.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Ujian DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut
Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023

Hebahan rasmi pengebumian dikongsikan menerusi media sosial rasmi Allahyarham Johari tengah malam tadi. - Facebook Dato' Sri Johari Harun
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.

Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.

Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.

Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.

Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.

Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.

Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.

Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.

Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Allahyarham rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan jadi tempat berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.