KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Johari Harun adalah seorang yang tegas, komited bekerja serta sangat prihatin dengan kebajikan rakyat dan rakan.
Keperibadiannya menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai dan pemergian beliau dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam mengejutkan banyak pihak.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tokoh korporat berusia 53 tahun itu adalah seorang yang lembut tutur katanya dan menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua serta berpengalaman.
"Kami ibarat abang dan adik, sangat rapat kerana berada dalam UMNO. Selepas dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang, kami juga banyak berbincang kerana ada portfolio beliau disandang oleh saya sebelum ini.
"Malah kami sepatutnya ada perbincangan semalam memandangkan kedua-dua kami ada urusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang namun tidak kesampaian kerana Allahyarham terus keluar walaupun pada awalnya sudah berkata okey... mungkin beliau mengejar masa," katanya semasa dihubungi di sini.
Mohd Sharkar merupakan Exco Pahang dan memegang portfolio alam sekitar sebelum DUN negeri itu dibubarkan tahun lepas.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu di Bentong, Amir Rozaini Abdul Rani pula berkata, Allahyarham merupakan seorang yang teliti dan akan memastikan setiap tugasan diselesaikan segera terutama jika membabitkan kebajikan murid.
Berkongsi cerita, Amir Rozaini berkata, Johari pernah hadir merasmikan majlis di sekolah dan ketika itu, beliau meminta bantuan untuk menambah susur gajah (laluan beratap) bagi kemudahan murid dan tanpa disangka, pihak berkaitan hadir bagi tindakan susulan dalam tempoh yang singkat.
Bagaimanapun, Amir Rozaini berkata, tindakan segera itu bukan perkara luar biasa kerana ia adalah keperibadian Allahyarham sejak beliau bekerja sebagai setiausaha kerja kepada Johari selama dua tahun bermula pada 2008.
"Ketika itu, Allahyarham merupakan Ketua Pemuda UMNO Bentong dan mudah bergurau dengannya. Tapi semakin meningkat usia dan bertambah tanggungjawab, beliau lebih tegas terutama semasa bekerja dan kena sentiasa bersedia dengan jawapan kerana beliau sering membuat susulan bagi kerja yang diberikan.
"Namun begitu sikap prihatinnya masih kuat. Jika mendengar ada kematian atau ada yang sakit, beliau sedaya upaya akan hadir bertemu atau jika tidak, akan menghantar wakil," katanya.
Amir Rozaini berkata, beliau baru bertemu dengan Johari pada Selasa di sebuah majlis di Bentong semasa Allahyarham menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri untuk kegunaan sekolah dan berkali-kali berpesan supaya wang itu digunakan sebaiknya.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa menyifatkan Johari, yang dikenalinya sejak beliau bertugas di negeri itu pada 2020, sebagai seorang yang kerap berpesan tentang kepentingan berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.
"Ini peringatan yang kerap diberikan setiap kali berjumpa atau pada majlis melibatkan bomba. Sebelum dilantik sebagai Exco, beliau ada bertanya mengenai kebajikan kami dan keprihatinan itu semakin bertambah bila kami ini secara rasminya berada di bawah portfolio Allahyarham," katanya.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar, yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Johari, pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang komited dengan amanah yang diberikan walaupun masih baru menyandang jawatan dalam kerajaan negeri.
Johari, yang berada dalam senarai penumpang, merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Beliau berkata, hubungan pertama oleh pesawat itu dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang ialah pada 2.47 petang dan kebenaran untuk mendarat telah diberikan pada 2.48 petang.
Katanya, pada 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Allahyarham Johari disifatkan sebagai seorang tokoh korporat yang lembut tutur katanya dan menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua serta berpengalaman. - fotoBERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis
Sekiranya fasa mengeluarkan data daripada CVR itu gagal dibuat, maka perkara yang boleh dilakukan hanyalah andaian.

Pesawat terhempas di Elmina: Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut
Sembilan jenazah mangsa nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan diserahkan kepada waris pada Ahad.

Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim
Steven Sim berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin
Grab Malaysia memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Pesawat terhempas di Elmina: Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab
Ramlah berkata kali terakhir Sharipuddin yang bertugas sebagai pemandu e-hailing, menghubunginya pada dua minggu lepas.

Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar
Pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mayat yang tidak sempurna adalah dengan mendapatkannya daripada tisu atau tulang sebelum melaksanakan proses pemadanan dengan DNA waris mangsa.

Pesawat terhempas di Elmina: Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.

Pesawat terhempas di Elmina: Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin
CVR mempunyai cip yang boleh dimuat turun oleh BSKU bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan nahas tersebut.

Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Waris-waris mangsa berhimpun di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.