KLANG: Kerajaan bersedia dengan sebarang bentuk bantuan kepada waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan akan melibatkan kesemua pihak, termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.
"Sekarang ini, kita berikan bantuan diperlukan untuk urus jenazah dan apa saja bentuk bantuan, terutamanya kepada waris mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Saya mohon keluarga terus bersabar. Tiada siapa yang boleh jangka (kemalangan berlaku). Kerajaan akan bantu untuk ringankan beban waris," katanya.
Anwar berkata demikian selepas melawat keluarga mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus utama ketika ini adalah bagi menyegerakan proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti mangsa.
Beliau dalam masa sama menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak yang terlibat serta kecekapan mereka mengendalikan operasi kemalangan tersebut.
Terdahulu, Anwar dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Bagaimanapun, beliau membuat keputusan menuju terlebih dahulu ke HTAR sebelum bergerak ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.
Beliau sempat meluangkan masa menziarahi waris mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.
Antara yang turut hadir di HTAR, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam kejadian petang semalam, 10 lelaki disahkan maut apabila pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.
Antara yang turut terkorban ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.
Hilmi Malik
Fri Aug 18 2023

Anwar bercakap kepada media selepas melawat keluarga mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Klang, hari ini. Foto Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.