KUALA TERENGGANU: Antara faktor yang mungkin menyebabkan sebuah pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam Selangor adalah berkaitan dengan masalah pada sayap pesawat itu, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga seorang pakar dalam bidang aeroangkasa.
Dalam hantaran di halaman Facebooknya, bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.
"Melihat kepada bahan-bahan visual sahaja (dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang juga mempunyai lain-lain kekangan), saya lebih cenderung untuk percaya isu yang jadi persoalannya ialah kawalan penerbangan - lebih kepada masalah pada sayap, kemungkinan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi dan elevator," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kegagalan pesawat juga boleh berpunca daripada pelbagai masalah seperti isu penyenggaraan, kegagalan integriti struktur pesawat, kegagalan enjin, isu kawalan penerbangan, masalah avionik dan faktor manusia.
Beliau berkata lebih maklumat diperlukan dalam mencari faktor penyebab nahas itu termasuk siasatan di lokasi kejadian, pemeriksaan mikro dan makro ke atas bahagian atau serpihan pesawat dan analisis kotak hitam.
Sementara itu Ahmad Samsuri yang mewakili semua warga Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) petang semalam.
Semalam 10 lelaki disahkan maut dalam nahas itu terdiri daripada enam penumpang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Pahang Hijau Datuk Seri Johari Harun dan dua kru penerbangan.
Dua lagi mangsa terdiri daripada seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta yang kebetulan melalui kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Ahmad Samsuri berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator. - Gambar fail/Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis
Sekiranya fasa mengeluarkan data daripada CVR itu gagal dibuat, maka perkara yang boleh dilakukan hanyalah andaian.

Pesawat terhempas di Elmina: Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut
Sembilan jenazah mangsa nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan diserahkan kepada waris pada Ahad.

Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim
Steven Sim berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin
Grab Malaysia memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.

Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Pesawat terhempas di Elmina: Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab
Ramlah berkata kali terakhir Sharipuddin yang bertugas sebagai pemandu e-hailing, menghubunginya pada dua minggu lepas.

Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar
Pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mayat yang tidak sempurna adalah dengan mendapatkannya daripada tisu atau tulang sebelum melaksanakan proses pemadanan dengan DNA waris mangsa.

Pesawat terhempas di Elmina: Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.

Pesawat terhempas di Elmina: Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin
CVR mempunyai cip yang boleh dimuat turun oleh BSKU bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan nahas tersebut.

Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Waris-waris mangsa berhimpun di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.