IPOH: Pesawat ringan Piper PA-28-161 Warrior II yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini pada Isnin lepas merupakan kemalangan maut pertama di negara ini melibatkan pesawat jenis itu.
Menurut laman web penerbangan Aviation Safety Network, kemalangan itu merupakan kejadian keempat pesawat model itu di Malaysia.
Pada 2014, dua kejadian dilaporkan di Kelantan dan satu di Johor bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.
Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala seorang lagi Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
Ia merupakan kejadian ke-4,153 yang direkodkan sejak pesawat Piper PA-28 yang pertama terhempas di San Bernardino, California, Amerika Syarikat pada 9 Mac 1962.
Pesawat Piper PA-28 dihasilkan dan dibina oleh syarikat Amerika Syarikat, Paper Aircraft dan direka untuk latihan penerbangan, teksi udara dan kegunaan persendirian.
Menurut laman web Aircraft Owners and Pilots Association (AOPA), model pesawat PA-28 terdiri daripada kesemuanya logam, tidak bertekanan, enjin tunggal, berkuasa piston dengan sayap dipasang rendah dan gear pendaratan tiga roda serta boleh terbang berterusan hingga empat ke lima jam dengan kelajuan maksimum 127 knot.
Mengulas mengenai kejadian pesawat yang dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd itu, pakar penerbangan Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian memberitahu Bernama bahawa ciri-ciri keselamatan sebenar siri Piper PA-28 telah disemak oleh AOPA dan mereka menunjukkan bahawa secara statistik, PA-28 mengalami banyak kemalangan melibatkan Peraturan Penerbangan Alatan (IFR) yang biasanya digunakan semasa terbang pada waktu malam.
"Pengendalian pesawat berbeza antara IFR dengan Peraturan Penerbangan Visual (VFR) yang biasanya digunakan pada waktu siang apabila jarak penglihatan tidak menjadi halangan. Satu lagi isu adalah kebuluran bahan api...AOPA telah mengumpul pelbagai laporan yang menetapkan bahawa pemilih bahan api perlu diletakkan atau ditukar sentiasa untuk menyalurkan bahan api daripada sumber ke enjin.
"Ini terbukti satu kesukaran dan memberikan beban tugas tambahan kepada juruterbang. Tetapi, PA-28 masih dianggap sebuah kapal terbang yang mudah dikendalikan. Dengan data statistik yang ada, siasatan lanjut perlu digerakkan dan disatukan dengan maklumat statistik sebelum sebarang kenyataan rumusan dibuat," kata Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu.
Sementara itu, seorang profesional industri daripada syarikat penerbangan am tempatan Muhammad Rizarul Azim Hanan berkata Piper PA-28 dikenali dengan meluas di seluruh dunia sebagai satu daripada pilihan terbaik untuk pesawat latihan penerbangan.
"Malah di Malaysia kita mempunyai beberapa pesawat berkenaan yang terbang dengan selamat untuk Approved Flight Training Organisation. Pertubuhan latihan penerbangan yang lain juga melakukan rutin latihan sama seperti sukatan pelajaran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan kita.
"Dengan semua peraturan dan pengawalan yang ditetapkan, saya percaya setiap individu dan organisasi bertanggungjawab telah menjalankan fungsi ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian bencana daripada berlaku," katanya dan menambah tidak kira walaupun seketat mana peraturan dibuat, manusia tidak boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Muhammad Rizarul Azim menegaskan bahawa terdapat banyak faktor penyumbang yang mungkin berbeza dalam setiap kejadian, justeru pihak berkaitan industri perlu meningkatkan dasar dan prosedur mereka bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan.
Beliau berkata sekiranya berlaku nahas pesawat, biro penyiasatan akan melancarkan siasatan untuk menentukan punca kejadian daripada semua aspek yang mungkin termasuk menilai bangkai pesawat, kenyataan saksi dan kru serta menyemak rekod dan sejarah penyelenggaraan.
"Sehingga itu, kita tidak boleh membuat anggapan atau menyebarkan khabar angin tidak berasas mengenai kejadian itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Dalam insiden itu, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal maut manakala seorang lagi Muhammad Din Fikri Zainal Abidin cedera.- Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.

Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.

Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.