SEMENYIH: Jenazah jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 yang terkorban dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh, Perak semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma di sini pukul 7.26 malam.
Jenazah allahyarham terdahulu dibawa ke kediaman kakaknya, Datuk Fajura Juffa, 54 di Bandar Tasik Kesuma di sini pada pukul 5.41 petang untuk ditatap buat kali terakhir oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke Surau Al Kauthar yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah berkenaan untuk disembahyangkan.
Kira-kira 500 ahli keluarga dan rakan-rakan termasuk anggota TUDM menziarahi allahyarham di surau berkenaan termasuk Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Insiden kira-kira pukul 8 malam semalam mengakibatkan Fajim Juffa, yang pernah bertugas dalam pasukan TUDM sebelum bersara pada 2018 meninggal dunia, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera, dan berada dalam keadaan stabil.
Kedua-dua jurulatih penerbangan itu dilaporkan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
BACA: Pesawat terhempas: Juruterbang parah stabil, masih terima rawatan
BACA: Pesawat terhempas: Kematian jurulatih penerbangan berpunca cedera di tengkuk, dada
Sementara itu Fajura Juffa, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa adiknya itu adalah pada hari Ahad lepas sebelum adiknya pulang ke Ipoh.
Beliau berkata adiknya itu banyak menghabiskan masa di Ipoh, menjadi jurulatih penerbangan dan hanya pulang ke rumahnya di Eco Majestic sini setiap Sabtu dan Ahad.
"Ia merupakan kebiasaan untuk dia menziarahi saya setiap hujung minggu kerana kami hanya tiga beradik dan yang bongsu tinggal di luar negara.
"Pada hari terakhir kami berjumpa, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tetap ceria seperti biasa dan ketika kami menerima khabar bahawa dia terlibat dalam kemalangan berkenaan saya amat terkejut," katanya ketika ditemui.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Jenazah Fajim Juffa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma di sini pukul 7.26 malam. - Gambar/ FB ATM
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Nahas Jeju Air: Anjing setia tunggu kepulangan tuan
Tragedi pesawat Jeju Air turut meninggalkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Pudding, yang terus menunggu pemiliknya yang tidak akan kembali.
Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.