ISTANBUL: Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turki pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan Freedom Flotilla Coalition (FFC) sebagai syarat utama sebelum menyertai misi menghantar bantuan ke Gaza.
FFC dilaporkan telah menerima 11,000 permohonan terdiri lebih daripada 30 buah negara. Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Antara yang turut serta dalam misi ini termasuk Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha; Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar; Ahli Lembaga pemegang Amanah MyCARE Dr Fauziah Mohd Hasan; dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar.
Pada masa sama, dua organisasi media dari Malaysia turut menyertai misi ini melibatkan dua petugas dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan dua wakil dari Astro AWANI Network Sdn Bhd.
Bernama diwakili Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan Mohammad Nulhakim Jailan manakala Astro AWANI diwakili Syafik Shukri Abdul Jalil dan Ab Uzza Ab Latiff.
Terdahulu pada Selasa, MyCARE mendedahkan tiga buah kapal akan belayar pada April 2024, terdiri daripada satu kapal kargo 5000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.
Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan
termasuk 8 buah ambulans.
Antara NGO antarabangsa yang terlibat ialah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweeden ship to Gaza, Canadia boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom dan Solidarity Association, Miles of Smiles, Free Gaza Australia.
Syafik Shukri Jalil
Thu Apr 18 2024
Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Freedom Flotilla di Gaza: Pemimpin dunia diminta tampil beri sokongan jayakan misi - FFC
Menurut Wright, kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan segera.
Freedom Flotilla to Gaza: Kami bersedia dengan misi ini - Peserta
Sesi latihan beri bayangan awal kepada peserta dalam memahami dan mendepani situasi sebenar sekiranya berlaku sebarang bentuk ancaman oleh Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Misi Freedom Flotilla: Besar harapan untuk sampai ke bumi Palestin demi hulurkan bantuan
Besar harapan misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla untuk sampai ke bumi Palestin bagi menyalurkan bantuan yang amat diperlukan ketika ini di sana.
Freedom Flotilla ke Gaza: Keselamatan peserta jadi keutamaan FFC
Mereka dijangka akan memulakan pelayaran dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, Palestin pada Ahad ini.
Rampas Al-Awda: Parlimen Malaysia kecam tindakan Israel
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menegaskan Parlimen Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel merampas Kapal Al-Awda milik Freedom Flotila Coalition.
Misi Freedom Flotilla ke Genting Gaza
Mereka yang terlibat dalam kempen itu bersatu di bawah gerakan perpaduan direka untuk meningkatkan semangat penduduk Palestin.