PUTRAJAYA: Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelantikan pesuruhjaya itu merupakan satu cabang khas yang mempunyai autonomi di bawah Suhakam.
"Kita telah putuskan, maknanya kena wujud segera. Nama (pesuruhjaya) diumumkan tetapi saya minta supaya menteri berkenaan ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berikan secara cerakin," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.
Sebelum ini, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) memaklumkan kerajaan komited dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.
Namun, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pandangan pelbagai pihak berkepentingan dan juga penggubalan suatu akta.
Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam, demikian menurut kenyataan Pejabat Menteri itu.
Sementara itu, Anwar berkata beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mempengerusikan jawatankuasa sosial bagi meneliti masalah berkaitan kanak-kanak serta isu di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau telah mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terlibat dalam institusi badan antarabangsa iaitu The Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network) dalam usaha memperkasakan badan penguat kuasa itu.
"Kita ingin angkat peranan SPRM ini, jadi kita anjurkan mereka terlibat dalam GloBE Network supaya pendedahan itu mendapat memperkuat urusan mereka," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika

Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak.

Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

Suruhanjaya Kanak-Kanak badan berkanun bebas lindungi kanak-kanak
Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal ditubuhkan akan berfungsi sebagai sebuah badan berkanun yang bebas untuk melindungi dan memelihara kanak-kanak.

Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.

Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO
Parlimen perlu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranan suruhanjaya itu.

'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP
Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).