IPOH: Pesuruhjaya Sukan diminta meneliti setiap masalah yang dihadapi badan-badan sukan dan menyelesaikannya mengikut peraturan dan undang-undang.
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain itu, banyak lagi masalah yang dihadapi oleh badan sukan di seluruh negara.
"Saya sudah arahkan Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti setiap kes ini dan buat keputusan mengikut peraturan undang-undang yang ada melalui Pesuruhjaya Sukan.
"Saya tak ada masalah untuk berjumpa sesiapa, tetapi perjumpaan saya mengikut keutamaan juga, dan mungkin perkara itu boleh diselesaikan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan sahaja.
"Saya rasa itu juga boleh dibuat," katanya ketika ditemui pada majlis kembara sahur bersama Funriders di Tambun dekat sini awal pagi ini.
Terdahulu, Persatuan Olahraga Selangor merayu Menteri Belia dan Sukan campur tangan dalam isu pembatalan pendaftaran badan sukan negeri itu, mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.
Presidennya, Norhayati Karim berkata, satu surat rayuan sudah pun dihantar 20 April lalu, berhubung pembatalan yang dibuat oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Sementara itu, mengulas mengenai Kejohanan Badminton Asia 2022 yang akan diadakan di Manila bermula 26 April hingga 1 Mei hadapan, Ahmad Faizal berkata, beliau yakin pemain-pemain negara mampu berikan persembahan terbaik
Menurutnya, mereka perlu memastikan momentum itu dapat dibawa kepada kejohanan-kejohanan lebih besar, seterusnya pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris pada 2026.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 22 2022

Ahmad Faizal (dua, kiri) hadir pada majlis kembara sahur bersama Funriders di Tambun, dekat Ipoh, awal pagi ini. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan
Beberapa aspek berkaitan tadbir urus badan sukan dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sempena lawatan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan hari ini.

MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.

Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.

Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.

Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.

Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.

Sebelah kaki MSC kini di ambang 'rumah' ASTAF - Halim
ASTAF dimaklumkan, Pesuruhjaya Sukan tidak mempunyai halangan berhubung permohonan MSC untuk menjadi ahli gabungan Persekutuan.

AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan
Proses pelaksanaan dan perjalanan mesyuarat berkenaan didapati bercanggah, atau tidak mematuhi perlembagaan persatuan.

Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan
Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof membayangkan hanya dengan mewujudkan entiti baharu berupaya menyelamatkan sukan sepak takraw negara daripada terus tercicir di peringkat antarabangsa.