KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan afidavit, hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan pada prosiding sebelum ini.
"Mahkamah berpuas hati dan memutuskan agar permohonan pihak pembelaan supaya suatu penggantungan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap pemohon dalam kes ini adalah dibenarkan, berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan," katanya yang turut memerintahkan wang jaminan terhadap Peter, 51, dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM80,000.
Azura juga membenarkan permohonan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter untuk menyelesaikan pembayaran baki jumlah jaminan sebanyak RM30,000 sebelum atau pada 3 Ogos depan memandangkan penjamin ahli politik itu tidak hadir pada prosiding hari ini.
Pada 28 Julai lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika membantah permohonan itu berhujah permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh (Peter) diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan hanya boleh dibenarkan sekiranya terdapat 'clerical error' atau kesilapan seperti dinyatakan dalam Seksyen 278 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
BACA: Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim
BACA: Palsu dokumen UMS: Peter Anthony dihukum penjara tiga tahun, denda RM50,000
"Jelas sekali tidak terdapat sebarang 'clerical error' dan oleh yang demikian permohonan pihak pembelaan supaya Peter diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan adalah tidak berasas pada peringkat ini,'' katanya.
Sementara itu, Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat atas alasan yang sama seperti dalam dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 KTJ.
Peguam itu berkata rayuan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap terhadap sabitan dan hukuman bermerit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
"Jika permohonan ini tidak dibenarkan, pemohon yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang merupakan sebuah parti politik di Sabah tidak boleh bertanding pada PRU15 yang bakal diadakan.
"Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan. Jika tidak dibenarkan, pemohon akan hilang kelayakan untuk bertanding dan ia menyebabkan prejudis kepadanya. Oleh itu, sabitan ini perlu digantung sementara untuk membolehkan beliau bertanding," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah ketika ditemui berkata Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Sept ini sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya bagi rayuan Peter untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Hakim membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan afidavit, hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan pada prosiding sebelum ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.

Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.

Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.

Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman
Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.

Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter
Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom.

Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk keputusan rayuan Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadapnya.

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.