PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda, kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membenarkan permohonan dikemukakan peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Emile Ezra Md Hussain yang mewakili Peter, selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah perkara itu.
Hakim Vazeer yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azizul Azmi Adnan, kemudiannya menetapkan hari esok untuk pengurusan kes secara dalam talian.
Bukti baharu itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh saksi pendakwaan ketiga yang juga rakan Peter, Mohd Shukur Mohd Din.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Wan Shaharuddin yang mengendalikan kes bersama TPR Haresh Prakash Somiah berkata mereka tidak membantah, kerana merasakan bukti yang ingin dikemukakan oleh pihak pembelaan tidak ada kaitan dalam rayuan.
Pada 19 April 2023, Peter, 52, memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022.
Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu, sebelum ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas, dan ini merupakan rayuan terakhir Peter di Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache yang menolak rayuan Peter, bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa Peter memalsukan dokumen bagi mendapatkan projek di UMS, sedangkan beliau mengetahui projek itu dibuat melalui tender terbuka.
Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Bagaimanapun Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda RM50,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Peter Anthony (tengah) hadir untuk pendengaran rayuan akhirnya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda, kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan. - Foto Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.

Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.

Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.

Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman
Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.

Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter
Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom.

Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk keputusan rayuan Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadapnya.

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.