KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (ME) di universiti itu pada 2014.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter, 50, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 3 hingga 7 Jan 2022 untuk tertuduh membela diri.
Mengikut pertuduhan, Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.
Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Dia juga berdepan pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu, dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Peter membela diri atas pertuduhan memalsukan surat.
Terdahulu, Azura berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendengar, meneliti dan menimbang penilaian secara maksimum segala keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan serta hujahan bertulis dan autoriti yang difailkan dan hujahan lisan tambahan semua pihak.
"Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kamu (Peter Anthony) bagi Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS seperti yang dipertuduhkan. Oleh demikian kamu diperintah membela diri," kata hakim itu.
Peter memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Sebelum itu, Peter dimaklumkan oleh jurubahasa mahkamah bahawa beliau mempunyai tiga pilihan iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan; atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas.
Sementara itu, peguam Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin yang mewakili Peter memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil tujuh saksi pembelaan semasa prosiding membela diri termasuk saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sekiranya pihak pembelaan ingin menggunakan pernyataan saksi semasa prosiding membela diri, ia perlu diserahkan seminggu sebelum perbicaraan bermula.
"Kami (pendakwaan) juga memohon sekiranya pihak pembelaan boleh membekalkan pernyataan pembelaan yang sehingga kini belum diserahkan, dapat diberikan seminggu sebelum perbicaraan," katanya.
Pada 21 Sept lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 5 April tahun ini.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Mahkamah mengarahkan Peter Anthony bela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat TNC UMS di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.

Orang ramai dijangka boleh guna Terminal Bersepadu Gombak hujung Mac untuk balik raya
TBG mempunyai tiga mod pengangkutan (bas, LRT, ECRL) dan menyediakan kemudahan seperti kedai runcit, premis makanan, dewan serba guna, dan platform khas untuk OKU.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu
Kisah pelajar itu dekat di hatinya kerana pada hari yang sama beliau turut menghantar anak sulungnya melanjutkan pengajian ke universiti.

#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah
Memorandum tersebut diserahkan susulan himpunan #KamiMahuAir yang dirancang sebagai membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS.

Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.

Peruntukan RM2 juta untuk atasi masalah air di UMS - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menyelesaikan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah.

Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.

HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh
Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan UMS dimulakan sejak November 2022.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim
Datuk Peter Anthony telah menipu empat individu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di UMS.

Peter Anthony lantik peguam baharu
Pasukan pembelaan diwakili peguam S Devanandan dan Datuk D Senthinathan menggantikan Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin.

Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS
Hakim dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter di akhir kes pendakwaan.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.