KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah selepas gagal hadir dalam perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) Parlimen Marang Khamis lalu.
Peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, waran tangkap itu terbatal setelah Mohd Nor hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Ahad.
"Waran tangkap terbatal apabila hadir. Ia belum lagi dilaksanakan dan perbicaraan akan bersambung hari ini (Ahad) hingga Khamis," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah di sini, pada Ahad.
Jelas beliau, kedua-dua pihak iaitu responden dan pempetisyen bersetuju supaya saksi bagi kedua-dua pihak dipanggil sekiranya terdapat ruang untuk berbuat demikian.
"Pihak pempetisyen masih mempunyai tiga saksi yang belum dipanggil tapi mahkamah membenarkan kita memanggil saksi responden dulu, tak ikut aturan biasalah (kebiasaan).
"Ia dipersetujui oleh pihak kita (responden) dan pihak pempetisyen. Bila ada ruang kosong di mahkamah saksi yang berkelapangan boleh ambil (tampil).
"Selepas ini (mahkamah) akan panggil saksi pihak pempetisyen," ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Mohd Nor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini bagi memberi keterangan berhubung petisyen PRU15 Parlimen Marang.
Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi pada Ahad.
Mohd Nor tampil ke mahkamah berikutan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu disebabkan beliau gagal hadir untuk memberi keterangan bersabit kes itu pada Khamis lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya mengeluarkan perintah itu selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi tampil buat kali pertama pada Ahad bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.
Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023

Waran tangkap itu terbatal setelah Mohd Nor hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Ahad. -Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PRK Kemaman: Pas perlu menang besar beri isyarat tolak Ahmad Zahid
Mohd Nor menyeru pengundi terutama ahli UMNO supaya mengundi Pas pada PRK kali ini untuk memberi mesej ketidakpuasan hati kepada UMNO.

Mohd Nor dilantik Speaker DUN Terengganu
Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu pada penggal ke-15 hari ini.

Petisyen PRU15: Waran tangkap terhadap Mohd Nor terbatal
Waran tangkap itu terbatal setelah Mohd Nor hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Ahad.

Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi, Mohd Nor hadir di mahkamah
Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Waran tangkap: Exco Terengganu akan ke mahkamah Ahad ini
Mohd Nor akan hadir memberi keterangan pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Ahad ini.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

Komik progapanda cubaan jahat nafikan sejarah Tanah Melayu - Ulamak Pas
DUPP turut melihat perbuatan itu sebagai berniat jahat dalam menjayakan agenda Malaysian Malaysia.

Terlupa beli ikan selayang antara punca perceraian di Terengganu
Sebanyak 1,219 kes perceraian direkodkan melibatkan pasangan beragama Islam berbanding 1,383 pasangan dalam tempoh sama tahun lalu.