KUALA LUMPUR: PETRONAS akan menaja seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).
Ia merupakan jumlah tajaan tahunan tertinggi oleh PETRONAS dengan nilai pelaburan melebihi RM340 juta.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan PETRONAS, Farehana Hanapiah berkata, PESP berbeza berbanding biasiswa pendidikan lain kerana ia bukan sahaja menitikberatkan kepada penajaan pendidikan berbentuk kewangan, malah mempersiapkan pelajar dengan sahsiah terpuji.
“Kami bukan sekadar memberi penajaan dari sudut kewangan untuk membiayai pembelajaran pelajar kami, malah ada pelbagai jenis program pembangunan pelajar yang dilakukan setiap tahun untuk memupuk bakat kepimpinan mereka.
"Pada masa akan datang, kami memerlukan lebih ramai bakat-bakat yang mempunyai daya pemikiran tinggi, untuk dapat menyelesaikan masalah dan cabaran yang akan datang selain mengekalkan daya saing di peringkat global.
“Selain dari itu, aspek sosial dan emosi serta nilai-nilai murni akan dipupuk di kalangan pelajar-pelajar melalui program pembangunan pelajar ini “ katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada hari Selasa.
Sementara itu, penerima PESP, Brandon Wilson Anak Dewel, 18, berkata, dia merupakan anak keempat daripada lima beradik dan bakal melanjutkan pengajian ijazahnya dalam program kimia gunaan di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Katanya, menerusi biasiswa PESP tersebut, ia sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan pendidikan ditanggung keluarga dan dirinya.
"Melalui program PESP ini, Petronas bukan sahaja membiayai yuran pengajian kami malah kami turut diberikan elaun seperti elaun buku, peralatan belajar dan induksi (Onboarding Allowance).
"Ini sedikit sebanyak membantu untuk saya menyara hidup di UTP kelak sebagai pelajar," ujarnya.
Di samping itu, penerima PESP, Nur Ezhani Zulaikha binti Abdul Aziz, 18, berkata, dia yang akan meneruskan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom itu berasa terharu apabila terpilih untuk menerima penajaan ini.
“Pastinya saya berasa amat gembira dan bangga apabila mendapat penajaan pendidikan daripada Petronas, yang semestinya PETRONAS merupakan nama yang begitu besar yang sangat terkenal sehingga di luar negara.
“Saya harap melalui tajaan pendidikan daripada PETRONAS ini, saya mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas dan menjadi impian saya untuk bekerja di Petronas kelak,” katanya.
Kali ini, tajaan berkenaan telah disampaikan kepada pelajar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Di bawah PESP, PETRONAS memberi penajaan pendidikan menyokong para pelajar bermula daripada pengajian asasi sehingga ijazah sarjana muda pertama.
Syarikat pengeluar petroleum negara itu juga memperluas penajaannya yang merangkumi disiplin seperti sains komputer, kejuruteraan perisian dan teknologi maklumat dalam menyediakan bakat serta tenaga kerja bagi landskap Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).
Tahun ini, PETRONAS telah menerima lebih daripada 9,000 permohonan PESP dari seluruh negara.
Sejak 1975, lebih 37,000 pelajar cemerlang Malaysia termasuk 1,720 yang sedang mengikuti program itu telah mendapat manfaat daripada tajaan bernilai lebih RM3.5 bilion.
Ehsan A Marisah
Wed Sep 21 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) baru-baru ini. - Gambar BERNAMA

Permohonan pengarah, penerbit Mentega Terbang rujuk persoalan undang-undang ditolak
Perbicaraan kes melukakan perasaan agama orang lain yang dihadapi pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

9 pelajar hilang ketika bercuti ditemui maut, anggota badan dikerat ditinggal tepi jalan
Mayat ditemui di dalam dan sekitar sebuah kenderaan di San Jose Miahuatlan, dengan beberapa mangsa telah dikenal pasti.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.