KUALA LUMPUR:Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan.
Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
"Saya sedar dan tahu ramai netizen kecam keputusan saya (tidak menyambung kontrak) Khairul Idham Pawi. Kita turunkan dia ke Moto3 (dari Moto2) sebab kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya boleh buat yang terbaik.
"Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya.
"Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran," tegas Razlan kepada Bernama, semalam.
Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.
"Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam," katanya.
Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.
Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020
![Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607551653_RazlanRazali.jpg)
Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP). - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731113327_HafizhSyahrinAbdul.jpg)
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
![Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709429459_TBCubPrix.jpg)
Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).
![Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701378734_MaleeqDragster.jpg)
Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun
Maleeq berjaya menewaskan barisan pelumba dari negara lain, antaranya China, Jepun dan Thailand pada kejohanan di Tokyo Summerland itu.
![ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686518259_MuhammadShahAzizu.jpg)
ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.
![Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674446947_UAETourOfficial.jpg)
Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah
Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.
![Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648601789_JazemanJaafar.jpg)
Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series
Jazeman berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan jika sebarang kesilapan yang boleh mengakibatkan kemalangan dapat dibendung.
![Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628909953_Ibukeluargarinduk.jpg)
Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus
Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis.
![Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605656137_pembinaanvelodrom.jpg)
Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun
Antara faktor utama Jepun berjaya melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi.
![Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628271597_TBHafizhSyahrin.jpg)
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
![Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628270626_AzizulhasniAwangP.jpg)
Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin
Meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam acara keirin.