KUALA LUMPUR:Beberapa wartawan veteran mengatakan bahawa wartawan harus selalu berada di lapangan di mana aksi berlaku dan oleh yang demikian mereka juga boleh dikategorikan sebagai barisan hadapan.
Aksi tersebut mungkin berupa peristiwa, bencana alam, kemalangan jalan raya atau insiden penembakan, dan untuk melaporkan dengan sebaik-baiknya mereka terpaksa turun padang.
Tidak ada bezanya juga dalam hal meliputi peristiwa yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 seperti sekatan pergerakan, sekatan jalan raya, pengedaran makanan dan sebagainya.
Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar berkata para petugas media ini mahu tidak mahu terpaksa melaporkan pelbagai kegiatan dan aktiviti membabitkan COVID-19.
Mengambil contoh situasi pandemik koronavirus kini, bekas Pengerusi Media Prima Bhd dan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu berkata ini termasuk merisikokan diri berada di mana-mana tempat yang berlaku wabak berkenaan seperti hospital, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan pusat kuarantin supaya apa yang berlaku di tempat ini dapat digambarkan dengan jelas kepada masyarakat.
"Tetapi tidak pula pernah disebut 'frontliner' (barisan hadapan) itu terdiri daripada para wartawan, ini sepatutnya berlaku sebab dalam apa keadaan sekali pun para wartawan akan berada di hadapan," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini dilaporkan beberapa petugas media dikesan positif COVID-19 selepas membuat liputan berita, termasuk seorang petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu.
Tidak keterlaluan juga, menurut Johan, sekiranya para petugas media ini diletakkan sebagai golongan terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 atas faktor sifat pekerjaan mereka ini.
Turut senada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Chamil Wariya yang menzahirkan harapan kepada pihak berkuasa untuk mempertimbang cadangan menyenaraikan petugas media sebagai golongan terawal menerima suntikan itu.
Beliau berkata ia menjadi satu keperluan kepada golongan berkenaan kerana wujud kebarangkalian mereka bertembung pembawa COVID-19 yang tidak bergejala ketika menjalankan tugas.
"Misalnya, mereka (wartawan) mengikuti rombongan pemimpin melawat ke tempat tertentu, mislanya tempat yang menempatkan pesakit COVID-19.
"Secara langsung mereka ini terdedah (kepada COVID-19) walaupun mereka patuh segala prosedur operasi standard (SOP).
"Mereka ini mempunyai tugas penting untuk mencari maklumat, menemu ramah, seterusnya menyalurkan maklumat itu kepada orang ramai.
"Itulah pentingnya vaksin ini kepada mereka," katanya.
Menurut Chamil, sejumlah 2,000 sehingga 3,000 suntikan vaksin sudah memadai bagi menampung jumlah keseluruhan petugas media di Malaysia.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Abdul Rashid Yusof tidak menolak bahawa teknologi boleh membantu petugas media membuat laporan tanpa turun padang, namun untuk menyampaikan gambaran sebenar sesuatu peristiwa, 'sentuhan manusia' tetap penting.
"Media diharap untuk menginsankan naratif. Bagi menginsankan sebuah cerita, anda sentiasa akan memerlukan petikan.
"Ya...teknologi telah membantu ini tetapi wartawan masih perlu turun untuk bersemuka.
'Malah, teknologi telah memaksa had kelajuan bagi penyaluran berita sebanyak 100 kali ganda.
"Oleh itu, wartawan sentiasa perlu bergerak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021

Johan Jaaffar dan Chamil Wariya (kanan) senada bahawa wartawan harus selalu berada di lapangan di mana aksi berlaku dan oleh yang demikian mereka juga boleh dikategorikan sebagai barisan hadapan.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.

Warga MetMalaysia 'barisan hadapan' lindungi hidupan bumi
Warga MetMalaysia berperanan utama dalam memahami fenomena iklim seterusnya melindungi kehidupan di bumi.

Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

FAM kunci mulut pengganti Elavarasan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung calon jurulatih baharu ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian COVID-19
Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan.

Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.

KKM mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga emas, barisan hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Semangat menentang penjajah perlu diterap tangani COVID-19
Usaha menangani penularan COVID-19 tidak akan berjaya, jika tugas diserahkan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan semata-mata.

Program vaksinasi ImmuPlan akan ditambah baik - MB Johor
Tingkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura.