KOTA KINABALU: Petugas Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pembaikan dua menara pengalihan sementara (ERS) di Ranau supaya ia selesai mengikut jadual, kata Pengerusinya Datuk Madius Tangau.
Beliau berkata menara itu penting untuk talian grid elektrik 275 Kilovolt (kV) antara Kolopis dan Segaliud, yang terlibat dalam penyaluran bekalan elektrik 200 megawatt (MW) sehari dari pantai barat ke pantai timur Sabah.
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal sekali gus memberi kesan kepada kehidupan rakyat di kawasan berkenaan.
"Semua kelengkapan berjaya dibawa naik dan menara ERS kini hampir siap. Setakat hari ini, kerja-kerja sudah mencapai 95 peratus.
"Saya beri jaminan bahawa pihak yang terlibat khususnya tenaga kerja daripada SESB dan TNB (Tenaga Nasional Behad) akan menyiapkan pembaikan serta pengalihan menara ini dalam sedikit masa lagi. Kalau tiada halangan dalam minggu ini akan selesai proses pengalihan sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Mengulas lanjut, Madius berkata kerja-kerja pembaikan itu dilakukan ekoran berlaku pembengkokan dan terdapat tiang sokongan yang terputus daripada menara talian penghantaran akibat mendapan serta pergerakan tanah yang aktif.
Menurutnya walaupun kerja-kerja kecemasan bagi menara itu dijalankan serta-merta, mendapan serta pergerakan tanah yang aktif di sekitar tapak kedua-dua menara talian penghantaran tersebut menjejaskan kestabilan struktur utama menara berkenaan.
Beliau turut mengambil perhatian cabaran dihadapi petugas SESB yang terpaksa bekerja di bawah matahari terik dan ada yang berpuasa bagi memastikan pembaikan itu siap mengikut jadual.
Menurutnya lebih merumitkan apabila lori yang menghantar lima kontena bahagian menara ERS dan peralatannya ke Ranau hanya dapat membuat penghantaran ke satu kawasan sahaja disebabkan laluan menuju ke tapak menara sempit dan masih jalan tanah merah.
"Selebihnya peralatan dan tiang menara ini dipikul oleh petugas dengan berulang-alik berjalan kaki melalui laluan yang berbukit dan curam," katanya.
Madius mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut terlibat dengan kerja-kerja pembaikan menara yang terletak di kawasan Kampung Nabutan dan Kampung Randagong, Ranau.
"Kita turut bekerjasama dengan TNB, kerajaan negeri dan perkhidmatan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menerbangkan lima kontena bahagian menara ERS itu dari Selangor ke Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

Madius berkata kerja-kerja pembaikan dilakukan ekoran berlaku pembengkokan dan terdapat tiang sokongan yang terputus daripada menara talian penghantaran akibat mendapan serta pergerakan tanah yang aktif. - Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Petugas SESB bertungkus lumus baiki menara ERS di Ranau - Madius
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal.

Kalimah Allah: Cari pendamaian nasional, bukan 'menangguk di air keruh' - Madius Tangau
Semua pihak diseru agar mencari pendamaian nasional dalam kontroversi penggunaan Kalimah Allah dan bukannya menangguk di air keruh.

Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pembangkang dakwa kerajaan 'matikan' kesuburan demokrasi
Pembangkangmendakwa kerajaan secara sengaja ingkar dan tidak patuh kepada titah Agong supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.

Madius hantar usul mansuh JASA
Datuk Seri Madius Tangau telah menghantar satu usul berhubung pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kepada Dewan Rakyat.

PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau
Sokongan pengundi gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya dilihat merebak di kawasan luar bandar.

Kerajaan Sabah sumbang 3.5 juta kepada SIB
Kerajaan negeri meluluskan bantuan kewangan RM3.5 juta bagi projek menaik taraf blok pentadbiran tambahan Borneo Theological Seminari Namaus, Ranau.

PRN Sabah: Pertembungan tiga penjuru kelebihan untuk Bersatu di Sulaman?
Proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (N.12) Sulaman berjalan lancar dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Ketua Srikandi parti Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada Srikandi akan diturunkan pada PRN Sabah nanti.

Sabah Memilih: Pecah tradisi, UPKO bertanding guna logo sendiri
Madius Tangau berkata peratusan memenangi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti tempatan itu akan lebih tinggi jika guna logo sendiri.