Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan syarikat Malaysia, Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia belum dimuktamadkan lagi namun boleh menjadi satu kemungkinan," katanya semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra di sini, hari ini.
Hollande tiba di Malaysia semalam bagi lawatan negara, yang merupakan sebahagian lawatan pertamanya ke ASEAN, selain ke Singapura dan Indonesia.
Pada Februari, dilaporkan Peugeot telah menyerahkan bidaan untuk membeli pegangan dalam Proton.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai pelaburan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis, yang bernilai RM15.2 bilion dan Perancis merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia.
"Perdagangan lebih berpihak kepada Perancis memandangkan Malaysia membeli sejumlah besar kelengkapan modal setiap tahun seperti kelengkapan kapal terbang, kapal dan berkaitan pertahanan dan keselamatan," katanya.
Najib berkata Malaysia mengakui syarikat Perancis memainkan peranan dan mempunyai sumbangan besar, dengan 60,000 rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat berpangkalan di Perancis seperti STMicroelectronics, Lafarge dan Technip di Malaysia.
Mengenai kepentingan industri minyak sawit, Najib mengucapkan terima kasih kepada Hollande yang tidak bersetuju terhadap Rang Undang-undang untuk mengenakan cukai ke atas minyak sawit Malaysia.
Beliau berkata, ia merupakan galakan kepada Malaysia.
Najib berkata, beliau dan Hollande turut berbincang mengenai kepentingan industri minyak sawit, memandangkan lebih 600,000 individu bergantung dengan industri itu, dan minyak sawit dibangunkan secara lestari di Malaysia.
"Kami (Malaysia) akan memastikan ia mesra alam dan menjamin pembangunan seimbang di negara ini memandangkan ramai yang bergantung kepada minyak sawit sebagai sumber kehidupan.
"Kami turut membangunkan piawaian Malaysia, dan berharap ia akan diterima oleh Kesatuan Eropah, atau Perancis...dan ia sudah tentu satu sokongan yang besar kepada kami," katanya.
Tahun lepas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan bahawa Malaysia, pengeluar minyak sawit utama, akan berusaha menyakinkan Perancis supaya tidak menaikkan duti ke atas minyak sawit Malaysia yang ketika ini dikenakan cukai import 21 peratus.
Najib berkata, mesyuarat dua hala itu juga membincangkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan selain isu antarabangsa dan serantau.
"Keseluruhannya, mesyuarat dengan Hollande merupakan satu perbincangan yang berhasil dan saya yakin lawatan beliau sudah pasti akan mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada kedua-dua negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra hari ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.

Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.

Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.

Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis
MoU akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.

Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa
Kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.

Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.

Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan
Perancis ingin terus memastikan hubungan rapat antara dengan Malaysia dikekalkan.

Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.

Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.

Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
"Dalam dunia yang tidak stabil dan tidak menentu ini, bertindak secara 'inward' merupakan satu jalan buntu," kata Hollande kepada Trump dalam perbualan telefon rasmi pertama antara mereka.