LAHAD DATU: Penemuan ratusan lubang dan terowong di sepanjang lapan kilometer Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua di sini membawa kepada pembongkaran aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.
Dipercayai aktiviti itu sudah dijalankan sejak tahun 90-an dan berjaya dibongkar melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Tabung Hidupan Liar (WWF).
Timbalan Komander PGA Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan itu berjaya dikesan selepas pasukan OBK masuk ke kawasan berkenaan dari Ladang Ongkor, pada 14 Ogos lalu dengan mengambil masa sehingga lapan hari perjalanan untuk tiba ke sungai berkenaan.
"Hasil operasi, pasukan kita berjaya menemui aktiviti melombong emas secara haram di sepanjang kilometer satu hingga kilometer lapan di Sungai Bole.
"Di kilometer lapan juga, terdapat 103 lubang dan terowong yang aktif dipercayai baharu dikorek dan jumlah ini tidak termasuk lubang yang wujud di sepanjang lapan kilometer sungai berkenaan untuk aktiviti melombong emas yang dikatakan bermula sejak tahun 1990-an," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Antara terowong yang dikesan dipercayai hasil daripada aktiviti melombong emas secara haram di kawasan Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
Mengulas lanjut, Toipi berkata, susulan daripada penemuan itu, pihaknya bertindak memusnahkan enam kawasan membabitkan 14 pondok yang dijadikan penempatan sementara bagi pelombong haram berkenaan.
"Pasukan kita kemudian keluar dari kawasan berkenaan pada 21 Ogos lalu dan terpaksa melalui jeram supaya laporan polis dapat dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
"Susulan daripada penemuan itu juga, pasukan yang diketuai oleh saya sendiri bertindak masuk semula ke kawasan itu untuk melakukan siasatan dan penggeledahan secara teliti dilakukan sebelum menemui tiga 'dump' (kawasan simpanan) yang mengandungi barang makanan, peralatan dapur, barangan peribadi dan peralatan melombong emas di kawasan berkenaan.
"'Dump' terakhir yang mengandungi alat senjata api seperti bakakuk dan peluru hidup yang disimpan agak jauh dari penempatan ditemui pada kali keempat pasukan masuk ke kawasan berkenaan iaitu pada 8 Oktober lalu," katanya.
Katanya lagi, tiada tangkapan dibuat kerana pelombong haram berkenaan sudah keluar dari kawasan itu lebih awal sebelum serbuan dibuat.
Senjata api dan peralatan melombong yang ditemui disimpan dalam 'dump' di kawasan penempatan pelombong haram di Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu.
"Bagaimanapun, berdasarkan daripada penemuan barangan wanita di kawasan itu, kita percaya aktiviti melombong emas ini turut disertai oleh lebih daripada dua wanita dan siasatan masih dibuat bagi mengenal pasti individu yang terlibat," katanya.
Katanya lagi, hasil risikan sebelum ini, pihaknya percaya bahawa setiap satu kumpulan pelombong berkenaan berjaya menghasilkan sehingga empat kilogram emas setiap kali aktiviti melombong dilakukan.
"Perbuatan melombong di kawasan ini bukan saja membabitkan isu emas tetapi lubang dan terowong berkenaan yang ditinggalkan akan menyebabkan haiwan terperangkap dan hasil risikan juga terdapat empat kematian didedahkan berlaku di kawasan itu setakat ini.
"Oleh itu, pihak Tiger Platun merancang untuk melakukan lebih kerap latihan dalam perkhidmatan di kawasan ini selain cuba bekerjasama dengan pihak JPS sendiri bagi menghalang aktiviti ini berterusan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 16 2021
Pasukan PGA melakukan pemeriksaan aktiviti perlombongan emas di sepanjang Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
PTG: Siasatan awal tiada emas ditemukan di Lenggeng
PTG Negeri Sembilan bersama JMG negeri mendapati tiada emas ditemukan di sekitar sungai di Lenggeng.
Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado
Pelbagai agensi, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat turut membantu dalam usaha menyelamat.
Lelaki maut tertimbus semasa cari emas
Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini pada Sabtu.
Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
'Menang-menang', Pahang tak halang lombong emas, bijih di tanah sendiri - MB
Pahang tidak menghalang mana-mana pemilik tanah persendirian yang mempunyai hasil mineral seperti emas dan bijih besi melakukan aktiviti perlombongan.
Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa
Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat.
Lebih 500 pekerja lombong emas jadi tebusan
Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas, lapor Xinhua pada Selasa.
Lombong emas secara haram, lelaki didenda RM50,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.