TUMPAT: Sejumlah 541 ekor burung murai batu yang terancam dan dilindungi berjaya dirampas oleh sepasukan anggota Unit Strike Force Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) petang semalam di Kampung Jubakar di sini.
Menurut Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8), Deputi Superintendan Ramesh Krishnan, rampasan burung murai itu dianggarkan bernilai RM571,500.00 di pasaran.
"Unit Strike Force Batalion 8, yang menjalankan Ops Wawasan Kelantan telah membuat rondaan di kawasan kampung Jubakar, Tumpat, sekitar jam 4 petang semalam.
"Semasa membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan. Pasukan 'strike force' terus menahan kereta tersebut. Hasil pemeriksaan telah menjumpai 32 bakul-bakul plastik yang di dalamnya mengandungi burung murai batu, " katanya dalam satu kenyataan.
Hasil pemeriksaan lanjut didapati jumlah keseluruhan burung murai batu adalah sebanyak 541 ekor.
Jelasnya, kesemua burung tersebut dipercayai diseludup dari negara Thailand dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM571,500.
"Pemandu kemudiannya ditahan manakala kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1) (a) Akta Perhilitan 1972," katanya.
Dalam pada itu, Ramesh turut memaklumkan sepanjang tempoh penugasan Ops Wawasan Kelantan yang dilaksanakan oleh Batalion 8 PGA bermula 26 Mei 2022 sehingga 29 Mei lepas, pihaknya telah berjaya merampas barangan terlarang dengan nilai keseluruhannya RM2,058,060.
"Nilai tersebut melibatkan 9 kes rampasan dengan 12 tangkapan," katanya.
Beliau berkata PGA akan terus mempertingkatkan serta mengetatkan kawalan sempadan dengan memantau pangkalan-pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan jenayah rentas sempadan.
Vivi Sumanti
Mon May 30 2022
Hasil pemeriksaan PGA telah menjumpai 32 bakul-bakul plastik yang di dalamnya mengandungi burung murai batu. - Foto PGA
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
PGA rampas 541 ekor burung murai batu, dipercayai diseludup
Sejumlah 541 ekor burung Murai jenis Murai Batu yang terancam dan dilindungi berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am, PGA.
TLDM gagalkan cubaan seludup 450 burung murai
Sejumlah 450 ekor burung murai yang cuba diseludup ke luar negara berjaya dikesan anggota Tentera Darat Malaysia (TLDM) yang menjalankan Op Benteng Laut di sempadan negara.
Polis Marin gagalkan cubaan seludup burung murai bernilai RM500,000
Pihak PPM menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Lumut.
Lelaki ditahan cuba seludup 30 ekor burung murai bernilai ribuan ringgit ke Indonesia
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 30 ekor burung murai dianggarkan bernilai RM24,000 ke Indonesia.
Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan
Burung tersebut meniru bunyi siren kenderaan kecemasan iaitu seperti bunyi jentera bomba.