RANTAU PANJANG: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik yang diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah bernilai RM7,397 di pangkalan haram Kak Mah di sini pada Sabtu.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan jam 8 pagi itu hasil rondaan rutin yang dilakukan oleh pasukan tersebut di kawasan penugasan Op Benteng COVID-19.
"Semasa rondaan di sekitar pangkalan haram Kak Mah, anggota bertugas telah ternampak beberapa lelaki sedang memunggah kotak-kotak dari sebuah perahu ke atas tebing sungai dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurutnya, semasa menghampiri lokasi untuk tujuan pemeriksaan kumpulan lelaki itu telah bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi telah menjumpai beberapa kotak yang berisi pelbagai jenis barangan kosmetik.
Azhari berkata, kesemua barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat bawah Seksyen 7 (1) (a) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984," katanya.
Menurutnya, PGA menerusi Op Benteng COVID-19 akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan dalam mengekang aktiviti penyeludupan.
Katanya, PGA sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 08 2022
Batalion 7 PGA Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik yang diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah bernilai RM7,397 di pangkalan haram Kak Mah, Rantau Panjang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
PGA rampas barangan kosmetik seludup
Kesemua barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.