Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Bidor, Perak dan Batalion 18, Pengkalan Hulu, Kroh, Perak berjaya merampas lebih 1.8 tan daun ketum bernilai RM52,140 dalam lima siri rampasan Ops Wawasan Kedah/Perlis sejak Ahad hingga semalam.
Komander Briged Utara, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata anggota PGA merampas tujuh guni putih berisi daun ketum seberat 280 kilogram (kg) bernilai RM8,400 selepas tujuh lelaki bermotosikal bertindak mencampak kesemua guni tersebut di Kilometer 24, Jalan Pauh-Padang Besar ketika dikejar oleh anggota pada jam 12 tengah hari semalam.
Dua jam selepas itu, katanya, anggota PGA merampas 24 guni putih mengandungi daun ketum seberat 511kg bernilai RM15,330 di sebuah bangsal yang dijadikan sebagai tempat pembungkusan daum ketum di Ladang Getah, Kampung Kubang Tiga, Chuping.
Dalam rampasan ketiga jam 3.45 petang, PGA merampas dua guni putih berisi daun ketum seberat 37kg bernilai RM1,110 dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dianggarkan bernilai RM3,800 berhampiran tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) BKH-PB G 0936 Sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar.
“Anggota PGA terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan dan menyedari kehadiran anggota, kedua-dua kedua suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikal serta dua guni berisi daun ketum itu.” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Pada Selasa lalu, anggota PGA berjaya merampas 19 guni daun ketum seberat 750kg bernilai RM45,000 dan sebuah kenderaan pancuan empat roda dianggarkan bernilai RM45,000.
Bagaimanapun, katanya, sekumpulan lelaki yang sedang memunggah beberapa guni dari kenderaan itu melarikan diri ke belukar berhampiran, katanya.
Abdul Ghani berkata pada Ahad lalu, anggota PGA menemui 14 plastik hitam berisi daun ketum seberat 210kg dan empat guni putih mengandungi daun ketum seberat 100kg dengan nilai keseluruhan RM9,300 di sebuah bangsal tidak bernombor di ladang kelapa sawit, Kampung Kubang Tiga, Chuping.
Beliau berkata kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020
Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan PGA
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
PGA rampas daun ketum, ubat batuk, sebelum diseludup seberang sempadan
Hasilnya menemui 43 guni putih mengandungi daun ketum dan 330 botol ubat batuk masing-masing bernilai RM38,700 dan RM2,970 yang diletakkan di bahagian dapur.
PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000
Menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua kedua suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikal serta dua guni berisi daun ketum itu.