PASIR MAS: Polis merampas pelbagai jenis seluar jean, selipar dan beg berjenama tiruan bernilai lebih RM200,000 selepas menahan sebuah lori serta dua lelaki di Pasar Besar Tasek Raja, di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata kegiatan dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun yang juga pemandu dan kelindan lori itu yang dalam keadaan mencurigakan dikesan pada 7.30 malam oleh sepasukan anggota selepas waktu berbuka puasa.
"Anggota yang melakukan rondaan dan pemantauan telah ternampak sebuah lori jenis Isuzu warna putih di Pasar Tasek Raja dan terus membuat penahanan.
"Pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak polis ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai sejumlah 3,181 helai pakaian berjenama bernilai RM191,860,250 pasang selipar bernilai RM15,000 dan tujuh beg wanita bernilai RM1,750 di bahagian belakang lori dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM208,610," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata turut dirampas adalah sebuah lori jenis Isuzu bernilai RM70,000 yang digunakan bagi mengangkut barangan tersebut menjadikan keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM278,610.
Azhari berkata kesemua barangan tersebut dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand.
Katanya, barangan ini yang dipercayai palsu kemudiannya akan diedarkan ke beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu bagi memenuhi permintaan yang tinggi pada musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Suspek dalam kes ini mengaku menerima gaji bulanan RM1,800 serta komisen bergantung kepada jumlah kekerapan penghantaran yang dilakukan.
"Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah dan tindakan lanjut oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesalahan di bawah Akta Cap Dagang 2019," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Azhari berkata kesemua barangan tersebut dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand. - Gambar fail
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
PGA rampas pakaian, beg, jean tiruan bernilai lebih RM200,000
Kegiatan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dikesan pada 7.30 malam oleh sepasukan anggota selepas waktu berbuka puasa.