BATU PAHAT: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menumpaskan satu sindiket pembekalan minyak diesel bersubsidi tanpa permit sah melibatkan nilai rampasan berjumlah RM505,308 di sebuah premis di Taman Beroleh di sini pada Rabu lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Superintenden Dimin Awang berkata dalam Op Kontraban pada kira-kira 11.30 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai membekalkan diesel bersubsidi tanpa permit sah di sekitar kawasan Batu Pahat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara barangan rampasan ialah diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter, sebuah lori tangki, sembilan mesin pam minyak dan 11 hos getah lut sinar, dua tangki bersaiz 1,000 liter dan empat tangki bersaiz 16,000 liter hingga 20,000 liter.
Katanya kesemua barangan itu diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Superintenden Dimin Awang berkata dalam Op Kontraban pada kira-kira 11.30 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PGA Simpang Renggam tumpas sindiket bekal diesel bersubsidi tanpa permit
Dalam Op Kontraban pada kira-kira 11.30 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Dua stor diserbu, arak seludup dirampas
Pasukan berkenaan turut merampas sebanyak lapan kotak dan 53 karton arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM37,500.

Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun
Lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.