KUALA LUMPUR:Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditugaskan mengawal sempadan Malaysia -Thailand, akan menukar strategi dan sistem rondaan di kawasan terbabit untuk mengekang sebarang kegiatan penyeludupan.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut strategi dan sistem itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata perubahan itu berikutan sempadan negara sejak kebelakangan ini, sering berlaku kejadian tembakan sehingga mencederakan anggota pasukan berkenaan.
“Melihat kepada insiden seorang anggota PGA yang bertugas di Bukit Kayu Hitam, Kedah cedera ditembak dengan senapang angin, kami akan memperketatkan kawalan di sempadan dan menambah baik sistem agar kegiatan penyeludupan tidak dapat menembusi sempadan negara kita.
"Selain itu, PGA akan membuat rondaan pagar ke pagar (di pintu kecil sempadan) di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 30 hingga 40km untuk berhubung dengan pihak berkuasa Thailand,” katanya kepada Bernama.
Media semalam melaporkan seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang semalam.
Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang semasa anggota PGA itu sedang menjalankan rondaan bersama seorang anggota lain di kawasan berkenaan.
Mengulas mengenai kecederaan anggota PGA yang bertugas dekat Bukit Kayu Hitam itu, Abd Rahim berkata anggota berkenaan tidak mengalami kecederaan serius.
“Suspek yang menembak anggota saya menggunakan senapang cicak (senapang angin) itu, tembakannya mengenai perut mangsa yang hanya mengalami sedikit melecet,” katanya.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membanteras aktiviti penyeludupan kawasan sempadan negara.
Kejadian tembakan di Bukit Kayu Hitam itu adalah yang kedua membabitkan serangan ke atas anggota PGA selepas insiden melibatkan dua anggota pasukan tersebut berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah, terkena tembakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Abd Rahim berkata, pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membanteras aktiviti penyeludupan kawasan sempadan negara. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.

Pusat proses 'e-waste' haram diserbu, saintis China ditahan, nilai rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta membongkar kegiatan memproses sisa terjadual secara haram dengan nilai rampasan lebih RM1.3 bilion dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Sungai Siput.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor
Pasukan Batalion 5, PGA, Simpang Renggam berjaya melumpuhkan sindiket yang menjalankan aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah di Pasir Gudang.

PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

PGA Sarawak rampas rokok, arak tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta dalam Op Taring Alpha yang dijalankan di bandar raya ini pada Jumaat lepas.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.

Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.